Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hai semua! *Siapa je yg baca blog ni? -.-
Pada Jumaat lepas yakni 16 Disember (ok, cerita dah lapuk), MT-MT JPM bertolak ke Pulau Pinang (Ada dua orang mantan MT yg menyibuk ikut :p) Kami bertolak pada waktu pagi dan tiba di hotel menjelang waktu maghrib.
Aktiviti utama adalah membuat kunjungan balas kepada sebuah persatuan Islam di UiTM Pulau Pinang iaitu Rakan Pusat Islam (RPI). RPI pernah berkunjung ke UiTM Alor Gajah pada Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah, walaupun dah setahun berlalu, dapat juga peluang untuk menjengah mereka.
Di UiTMPP, kami, RPI dan JPM mengadakan sesi taaruf dan membuat perbincangan berkaitan beberapa isu berbangkit seperti bagaimana hendak mempromosikan persatuan Islam kepada pelajar.
Sepanjang berada di Pulau Pinang, kami banyak menghabiskan duit untuk mengisi perut. Hehehe. Rasanya aktiviti 'berkunjung' ke kedai makan lebih kerap dibuat. Shopping pun sekejap je. Tak dapek beli cenderamata berdozen-dozen untuk kawan-kawan dan sanak saudara. Haha.
Gambar bawah ni muslimat JPM bersama muslimat RPI. Ukhuwah fillah abadan abada :D
2 comments:
errr aku baca la jugak blog hang ni..kadang2. haha!
patut le lama x on9. puas berjalan!
trimas atas jasa anda yg sudi membaca blog ini :p
hehe..tu baru first time berjalan jauh utk sem ni..
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
Catat Ulasan