Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Ahad, 20 November 2011

Semester Enam menanti

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Semoga kita semua berada di bawah rahmatNya
Semoga kita mensyukuri dan memanfaatkan nikmat dari Allah SWT

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Selamat sampai di Melaka :) Mak dan Abah (Ila pun ada-adik paling kecil yang paling besar -.-) tolong hantar. Selepas solat Subuh semalam kami bertolak.

Aku dapat housemates baru sebab berpindah ke rumah sewa yang baru! Dua semester sebelum ini di Taman Dimensi, sem enam di Taman Intekma. Alahai, jiran je taman berdua ni :D Alhamdulillah rumah selesa cuma belum dapat bilik.Tunggu seorang pelajar (pindah ke rumah lain) ambil barang-barang dalam bilik lama dia yang sepatutnya jadi bilik aku sekarang ni. Ok, tak apa. Malam tadi aku tidur di ruang tamu rumah. Hee kawan-kawan dah ajak tidur dalam bilik tapi aku penat sangat, tidur je kat ruang tamu sebab masing-masing bercerita hape tah (gelak kuat nau, macam mana aku nak tidur dengan aman? -.-)

Pagi ni bangun mengharapkan kawan aku Hazwanie Azmi dapat teman mendaftar di UiTM (semalam aku tak sempat mendaftar, 8 pagi hingga 12.30 tengahari ada MUET) dalam pukul 10 pagi. Tapi dia ada hal, InsyaAllah kami akan mendaftar selepas waktu solat Zohor nanti.

Hmm aku harap sem baru ni aku lebih rajin belajau. Hehe. Maklumlah sebelum ni sangat malas untuk belajar (Padan muka tak dapat AD) Allah SWT permudahkan segalanya yang baik untuk aku dan kawan-kawan. Amin ya Rabb :')

Part 6! Here I come!! Heh :D

0 comments: