Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Khamis, 17 November 2011

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 
Masih diberi peluang menikmati keindahan dunia ciptaan Allah SWT.
Masih mampu menunaikan kewajipan sebagai seorang yang beragama Islam.
Masih berpeluang menatap wajah mak dan abah.
Masih memiliki pancaindera yang masih berfungsi.
Masih mempunyai masa melakukan segala perkara yang diingini hari ini.

Astagfirullah. Astagfirullah. Astagfirullah.
Masih menyalahgunakan nikmat yang diberi oleh Allah SWT.
Masih melewat-lewatkan masa solat.
Masih mengabaikan tanggungjawab kepada mak dan abah.
Masih melihat, mendengar, dan berkata perkara sia-sia.
Masih leka membuang masa.

Dunia hanya persinggahan kita, manusia. Tubuh badan dan nikmat lain yang diberi hanya pinjaman. Gunakan sebaik-baiknya. :')

Subhanallah. Alhamdulillah. Lailahaillallah. Allahuakbar.

2 comments:

Afiqah berkata...

I like this kind of post... :)

Nazatul Zulaika Suhaimi berkata...

I like it toooo :D
Hehe, idea tengah2 malam buta~
Alhamdulillah ada perkongsian.