Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Rabu, 11 Mei 2011

Beri salam kepada Lelaki

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Tidak silap aku, tak lama dulu, persoalan tentang hukum muslimat memberi salam kepada muslimin pernah dibangkitkn semasa usrah yang aku sertai di UiTM. Alhamdulillah, hari ini digerakkan hati untuk membaca sebuah buku bertajuk "JOM! TANYA USTAZ" karya Dr. Nik Yusri Musa terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Semasa usrah, aku berdiam diri sebab tak pasti akan jawapannya. Ada yang menjawab tak boleh sebab boleh timbulkan fitnah. Nah, sekarang, nak bagi jawapan. Silalah baca..kalau sudi :)

Soalan: Bolehkah seorang perempuan memberi salam kepada lelaki yang tidak dikenali?

Jawapan: Boleh, kerana Rasulullah SAW memerintahkan kita agar memberi salam kepada siapa yang kita kenal dan juga kepada siapa yang kita tidak kenal. Ucapan salam ialah doa iaitu kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan orang yang kita beri salam. Siapa yang mengucapkannya beroleh ganjaran pahala. Ia bukannya seperti ucapan selamat pagi, selamat petang, selamat malam, dan seumpamanya.
Walaubagaimanapun, dalam suasana yang boleh menimbulkan fitnah, wanita tidak digalakkan memberi salam kepada lelaki.

Terima kasih sudi baca sampai habis :D Jadi, macam mana? Tak ada kemusykilan lagi kan? Alhamdulillah.. Tapi, kalau masih ada kemusykilan, InsyaAllah kita akan jumpa jawapannya lain kali. :)

2 comments:

Zinedine Zaiddin berkata...

Bagi salam aje takpe, jangan la dgn tergedik gedik nya waktu bagi salam..ahahaha

Nazatul Zulaika Suhaimi berkata...

hehehe..betul tu...