Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Selasa, 10 Mei 2011

Pernikahan, Mahkota Kaum Wanita

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah hari ni aku manfaatkan masa cuti dengan membaca buku ilmiah. Tajuknya, "13 Aurat Wanita". Kenapa sentuh tentang hal nikah? Sebab...

1. Belakangan ni banyak kes zina melibatkan remaja. Puncanya couple.
2. Ada sesetengah wanita berkerjaya tak mahu mendirikan rumahtangga, ada komitmen lain katanya.
3. Ada pasangan memberi alasan tiada budget untuk walimah. *Buat kecil-kecilan pun ok, kan?

Bernikah merupakan Sunnah para Nabi dan Rasul serta jalan hidup orang-orang mukmin, juga merupakan perintah Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan juga hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(An-Nur:32)

Pernikahan merupakan jalan untuk menjaga kesucian dan kehormatan, baik lelaki mahupun perempuan. Selain itu, bernikah dapat mententeramkan hati dan mencegah diri dari dosa zina. Oleh itu, hendaklah pernikahan diniatkan kerana mengikuti Sunnah Nabi SAW dan untuk menjaga agama serta kehormatannya.

Tidak sepatutnya bagi wanita mukmin bercita-cita untuk hidup membujang kerana ianya menyebabkan hati sentiasa gelisah, mudah terjerumus dalam banyak dosa dan menyebabkan terjatuh ke dalam lembah kehinaan.

Antara kemaslahatan pernikahan adalah:
1. Menjaga keturunan dan penerus hidup manusia.
2. Menjaga kehormatan dan kesucian diri.
3. Memberi ketenangan bagi dua insan dan saling melindungi serta berkasih sayang.

Kesimpulannya, teruskan apa yang baik menurut Islam. Ada hikmah Allah SWT melarang zina. Bagi yang tak berkemampuan, dah terang2 dalam hadis di atas, kan? "Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
Jadi, go on! Hehehe. Semoga kita bertemu jodoh yang baik. Amin~ :)

0 comments: