Alhamdulillah hari ni selesai satu exam paper. 4 more paper left! Sebelum exam mengharapkan subjek tu jadi kawan baik masa jawab soalan tapi apakan daya, dia hanya nak berkawan biasa. Harap-harap keputusan okay. Tak nak la jumpa dia lagi sem depan. Tak mahu berkawan lagi dengan dia. Er bukan putuskan silaturrahim, Islam tak bagi putuskan hubungan silaturrahim yang membawa kebaikan. Cuma aku rasa dia sesuai untuk dikenangkan aje lepas habis part 3. Heh, mengarut sikit.
Dalam perjalanan ke kampus, aku cuak sangat macam tak pernah ambil exam UiTM je. Haha. Aku SMS mak, minta mak doakan yang terbaik. Semalam masa mak hantau balik kolej, kemain sombong lagi aku nak cakap. Haih~ Terasa lega sikit lepas SMS tu.
Ganbatte untuk next paper!
"Robbana Aatina milladunkarohmah. Wahaiyiklana min amrina roshada"
0 comments:
Catat Ulasan