Alhamdulillah, 21 tahun Allah bagi pinjam nyawa. Dah 21 tahun susahkan hidup mak dan abah -__-"
Mesti mak cakap, "Dah besau panjang anak dara mak. Sekarang dah sambung degree, nanti bila habis belajau boleh kerja, tolong mak dengan abah pula". Ok, tu sytle orang Melaka, mak aku orang Perak ye.
Impian aku atau cita-cita aku nak tamat belajar dengan cemerlang (tapi kalau selalu malas, acano nak excellent bak kata omputih). In shaa Allah boleh dapat kerja yang bagus dengan pendapatan yang lumayan. Bukan bermaksud gila duit atau gila harta atau gila pangkat. Nak hidup senang dengan cara sederhana sahaja. :)
Teet! teet! (ada macam bunyi sms ringtone ke? -__-") Dua orang adik aku hantau mesej, menyatakan impian masing-masing nak cepat dapat abang ipar. Apa kejadahnya semua ini? Punya lah stress kakak korang kat Melaka ni, korang minta yang tu. Hahaha. Tak dapek lah. Lepaskan korang dulu. Ekekeke. Suka lettew~
Erm, apa-apa pun biar diri ni jadi manusia berguna :-
1. Solat 5 waktu - Rajin berjemaah, solat awal, tambah solat-solat sunat (erk, dah lama tak buat solat sunat taubat!!)
2 comments:
hantau?dah jd org melaka nampaknya :P
aku dah tukar alamat, kat melaka.
haha
Catat Ulasan