Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Ahad, 7 Oktober 2012

PPKP


Soalan yang biasa kita dengar : "Dah ready nak exam?"
Jawapan : "Alah, lambat lagi. Ada banyak masa. Baca buku awal2 nanti masa exam lupa."

Soalan yang jarang kita dengar : "Dah ready untuk mati?"
Jawapan yang mungkin kita biasa dengar : "Err belum. Kalau dah sakit aku taubat lah."

So, acaner nak berjaya di dunia dan di akhirat?

#Note to self.

Salam. 
Itulah konklusi hasil daripada aku ke PPKP siang tadi. PPKP ni satu modul yang membantu membentuk sahsiah/akhlak pelajar-pelajar UiTM - ceramah motivasi dan LDK.
Aku jadi agak teruja sebab kali ni program menjurus ke arah Pembentukan Insan Kamil. Dapat lah serba sedikit berkongsi ilmu yang ada. Maka terserlah lah ke-ustazah-an aku ni. Sampai pensyarah pun terikut-ikut classmates panggil aku ustazah. Hilang nama Nazatul aku. Haha.

Sesi taa'ruf :-

Salam wbt.
(Woo! Ustazah! Ustazah! *Sorakan sang gentlemen umpama menonton match bolasepak. -___-"

Nama, Nazatul Zulaika Suhaimi.
Asal, Ampang Selangor.
Eh, tak tanya pun kat mana? (Pandang pensyarah. Sebelum ni dia tanya classmates secara spesifik)
PU jawab, "Sebab awak dah cakap kat Ampang. Dah terang-terang la tu."
Oh, ok. Hehe.

3 kelemahan saya adalah.....
3 kekuatan saya adalah......
*Malas nak kecoh :P Nak bg tahu satu je kelemahan - senang marah.

Saya ni senang marah, tu yang tak baik. Diorang (sang gentlemen) tahu saya macam tu. Dah biasa kena tu. Haha.
PU : Eh, biasanya ustazah tak marah-marah tapi lembut je.
Sebelum ni saya belum jadi ustazah. Ni baru je jadi. *Muka selamba

Tak kisah la kan, ustazah tu satu panggilan yang baik. Layankan aje lah. Tapi kalau korang tak tahu nama aku, dushdush sebijik kat muka korang. Ok, gurau.

Antara pengisian program dari LDK adalah perbincangan tentang :-
Kump 1 : Pahala
Kump 2 : Dosa
Kump 3 : Baikkah Aku?
Kump 4 : Cara bersyukur

Aku dari kump 4. Alhamdulillah penerangan yang ktorg bagi, PU rasa puas hati. *Bangga kejap :P

Disebabkan aku baru habis latihan kebakaran kat kolej, jadi malas nak bercerita panjang. InsyaAllah sambung kemudian. Salam warohmatullah. zzzZZzzz 

at 0152 am, Sun, Oct 7

0 comments: