Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Jumaat, 5 Oktober 2012

Ah stress! Ah Chong! Aik?

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Semoga ceria belaka.

Dah masuk sebulan aku kat KBM. Aku tak sedar masa berlalu dengan cepat. Hasil keringat pensyarah yang terlalu prihatin dengan buku teks QMT yang tak 'berkat' dicetak tanpa kebenaran, selalu kata, "Awak ni macam mana nak belajar ada berkat. Saya tak suka la tengok awak fotostat buku. Senior awak dah buat dosa, awak pun ikut buat dosa. Ish. Awak tahu tak dah sebulan awak kat sini. Carilah buku yang betul, jangan fotostat" *Macam takde kaitan je. -__-"

Bila selalu fikirkan stress belajar, aku tak sedar dah sebulan kat Melaka. Rasa tak sabau nak balik KL. Tak lama lagi cuti raya haji. Wehoo! Balik! Balik!
Ah, ada kelas ganti! Tiba2 jadi tak seronok. *Bukan tak seronok, tapi malas.

Disebabkan aku sedar diri yang aku ni seorang yang terlampau malas, aku cuba amalkan doa ni :

"Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku memohon perlindungan dengan-Mu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang."

Nampak tak betapa tak berdayanya kita nak kawal rasa resah, sedih, lemah, malas, takut, kedekut, bebanan hutang, dan dikuasai orang lain? Doa senjata utama. Jom doa! Hehe.

Ok, kembali kepada niat asal aku nak post entri kali ni.

Sebagai pelajar, biasalah kalau stress dengan assignments, kuiz, tests, dll.
I was a bit frustrated about last night presentation. Dah buat persediaan dan tanya pensyarah tapi nak buat acaner kalau pensyarah macam tak puas hati je. It is a learning process dude. Itu cara pensyarah nak ngajau kita, saja bagi tekanan, biau kita gigih belajau. *Eh, ter transform jadi orang Melaka plak.

Itu baru tekanan dari pensyarah. Kalau nak cerita pasal kawan-kawan satu batch, perghh mendidih hati ni.
Cubalah beradab bila pensyarah tengah bercakap. Jangan kecoh-kecoh benda lain. Jangan tak pasal-pasal gelak tak tentu pasal. Lagi satu, hormat orang lain. Bro, tak kisah la kalau bro sangat bijak daripada saya, tapi jangan nak mengejek orang la der.. Setiap orang ada kekurangan. *Important note: Mangsa ejekan bukan aku ye. Orangnya classmate mamat kerek tu.

Ha, tak pasal-pasal aku buat luahan perasaan- lepas geram.

Setakat ni hidup aku kat kolej alhamdulillah selesa jika nak dibandingkan dengan orang merempat. Duit banyak habis sebab melantak. Haha. Sebelum pergi kelas lapau. Balik dari kelas pun lapau. Dah tu acaner duit tak mengalir macam air? Tapi nasib baik dapat kawal nafsu nak makan makanan "mewah" macam KFC, McD, piza etc. Er buat masa ni la masih dalam kawalan. Esok lusa wallahualam. :P

Kali ni aku tak mohon PTPTN hanya bergantung pada pinjaman MAS a.k.a. Mak Abah Support. Baru la terasa susah bila tak cukup duit. Beli buku je dah RM457 (semangat kira), yuran kolej RM420/sem. Duit makan sehari RM8-RM10. Boleh dikatakan dalam sebulan ni je dah RM1000 lebih aku perabeh duit mak dan abah. :(

Dekan la setiap sem, tak ada la aku rasa serba salah dan mengalirkan air mata darah sebab kecewa tak dapat AD. AD! AD! AD! Amin~ Ganbatte! ^_^

**Bila buat apa-apa perkara, ingat Allah dan susah payah mak dan abah hantau masuk universiti.

0 comments: