Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Ahad, 5 Februari 2012

Apa yang dicari?

Hati rasa kosong. Apa yang perlu diisi? "Kau nak bercinta eh?" Manusia, bila disebut sahaja hati, pasti tentang cinta yang dikaitkannya. Eh, tak salah. Memang  ada kaitan antara hati dan cinta. Cuma manusia mesti bijak meletakkan cinta yang utama dalam hati. Pertama cinta pada Allah SWT dan Rasul. Kedua cinta pada ibu bapa dan keluarga. Seterusnya, faham-faham lah ye :)

Kita harus ingat bahawasanya kita dilarang mencintai perkara lain lebih daripada kita mencintai Allah SWT dan Rasul. *Ha! Sesiapa yang tengah hangat bercinta dengan kekasih pujaan hati yang belum sah lagi tu, agak-agaknya apa tindakan anda? :)

Bagaimana hendak mengisi hati dengan cinta Illahi?

1. Perbanyakkan baca Al-Quran dan solat sunat.
2. Berzikir dan berselawat
3. Berdoa memohon hati yang bersih dan suci

Jangan kita mudah alpa dengan keindahan dunia yang boleh menjerumuskan kita ke lembah maksiat. Nauzubillah. Banyak dugaan masa kini yang mampu menggugat hati. Tapi kita wajib kuatkan diri! Buat persediaan rapi menghadapinya! Hanya pada Allah SWT tempat pergantungan kita. Jadi, carilah Dia Yang Maha Berkuasa atas segala yang terjadi di langit dan di bumi. Segala makhluk yang diciptanya perlu tunjukkan rasa cinta dan syukur kepadaNya melalui amalan seharian.

Ya, manusia mudah lupa. Kita sering lalai dalam mengingati Allah SWT. Kita sering ambil ringan untuk mengerjakan kewajipan kita terutamanya segera menunaikan solat lima waktu. Pelik. Jika seorang kawan tiba lewat pada waktu yang dijanjikan, kita mudah melenting. Walhal kita selalu melakukan perkara yang hampir sama..setiap hari! Apa jadi pada 'temujanji' kita dengan Allah SWT?? Astagfirullahal a'zim..

Itu baru sentuh tentang solat. Banyak lagi amalan yang kita buat endah tak endah je. Hm.. Sama-samalah kita mencari kebaikan dan tinggalkan maksiat...

2 comments:

Faizal Ismail berkata...

" Pelik. Jika seorang kawan tiba lewat pada waktu yang dijanjikan, kita mudah melenting. Walhal kita selalu melakukan perkara yang hampir sama..setiap hari! Apa jadi pada 'temujanji' kita dengan Allah SWT?? "

sangat terkesan dan membuatkan diri ini terfikir sebentar . Terima kasih akak . Akak saya yang baik ^^

Nazatul Zulaika Suhaimi berkata...

Sama sama kasih adik saya yang baik ^^