Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Sabtu, 16 Julai 2011

Kenangan terindah 2011

Salam alaiyk..
Seminggu dah berlalu...

Aku nak bercerita tentang Tamrin Qiadi JPM..

Sebenarnya dah banyak kali upload montaj TQ tapi tak boleh.
Tak tahu la apa masalahnya.
Jadi, dengan rasa malas aku buat entry kali ni.
Aku malas nak menaip panjang berjela.
Guna montaj senang je, dapat tahu apa yg jadi masa TQ.

Macam mana TQ tempoh hari?
Macam tu lah dia. Hehe..

Best sangat!
Paling seronok masa sukaneka.
Tahniah kepada Biro Sukan (Bangga la si Hamzah) kerana berjaya buat kami gelak sakan masa bersukan.


Hamzah, Faizul dan Muiiz sediakan aktiviti sukaneka..

Aku tak sertai sukaneka. Maklumlah, kojenya tangkap gambo aje.
Bila aku tengok semua gambar dan rakaman video, dapatlah hiburkan hati ni.
Pelbagai ragam ada. :)

Pembentangan Biro Sukan dan Kebudayaan

Seriusnya...Perbincangan dalam biro.

Muslimin bersenam

Ha, muslimat pun nak sihat!
Sama-sama bersenam.
*Aku je yang memerap dalam bilik. Haha.
Photographer: Diyana Shukor



Waktu makan..

Malangnya aku tak dapat sertai kesemua aktiviti sebab ada komitmen lain.
Tempat aku sama ada dalam bilik atau dalam kereta.

Sepatutnya kami adakan aktiviti melihat kelip-kelip pada Sabtu malam Ahad.
Tapi, dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
Selepas ceramah daripada Ustazah Kalthom (Penasihat JPM), kami (MT-MT JPM) adakan tayangan filem. Alahai..lupa tajuknya. Thanks to Hamzah (dia lagi??) sebab sudi tayang filem dari laptop dia. Hehehe. Tapi sangat seronok tengok sambil ber-barbeque :D

Malam tu aku jadi maintanence dibantu oleh Ibnor, Ghafar, dan adik-adik JPM.
Kami set up LCD Projector, laptop, dan semestinya tempat tayangan.
Ha, selesai tayangan pun kami sama-sama kemas tempat tu.

Kami selesai mengemas lebih kurang jam 1.30 pagi.
Tidur jam 2 pagi -.-
Aku ponteng qiam untuk kali yg kedua...
Nasib baik sempat bangun Subuh.

Tiba masa majlis penutup dan penyampaian hadiah.
Setiap kumpulan dapat hadiah.
Adil la tu kan? :)
Aku macam biasa, jadi photographer.

Masa rehearsal, aku seorang shj MT muslimat yg ada dalam dewan.
Aku bagi softcopy montaj pada Ibnor.
Tiba-tiba aku terasa berada dalam konsert.
Dengan penuh semangat mereka menyanyi lagu Gemuruh sambil menggerak-gerakkan badan dan tangan.
Rupa-rupanya berlatih untuk majlis penutup.
Aku sempat rakam :D
Biarlah disimpan sebagai kenangan. Cewahhh

Selepas majlis penutup, sekali lagi aku dikelilingi muslimin lain..
Tolong kemas apa-apa yang patut. *Rajin kan? Hehe :p
Aik? Muiiz dan Zarif Nordin pula buat persembahan percuma.
Layankan aje laaa
Mereka bernasyid dan aku merakam segalanya..

Konklusinya, aku sangat seronok dengan keluarga kedua aku ni.
Pasti aku akan merindui semuanya....
;')

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

suka2..nk dgar lagii...mane2? kalo bole upload la skali vid kmu uh..nk tgok jugak... ;)

dari kakakmu yg comel :p

Nazatul Zulaika Suhaimi berkata...

ala kak...dh byk kali upload tp tak boleh..berat sgt kot..ataupun sbb naz tak gheti..haha

Tanpa Nama berkata...

bila plak buat persembahan percuma ni :p -zarifnordin

Nazatul Zulaika Suhaimi berkata...

persembahan dh lepas, tak leh tuntut bayaran ;p