Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kawan-kawan....
Alhamdulillah masih mampu nak lakukan kerja seharian wlaupun rasa macam patah kaki. Kenapa? Hehe.. Hari Khamis yakni pada 30 Jun 2011, aku dan kawan-kawan sekelas (♥E) main futsal. Kawan aku rancang pertandingan ala-ala Gol & Gincu. Untuk pertama kali aku terlibat dengan sukan futsal. Mula-mula rasa tak nak main sebab tak pandai main bola. Kalau bola jaring InsyaAllah boleh sebab satu sem belajar main bola jaring. Hehe.
Kami bertolak lebih kurang pada 16:00pm. Agak lambat tapi nak buat macam mana, sebahagian dari kami ada kelas pada 12:30pm. Mestilah nak semua ada, baru kami menuju ke Arena Futsal Klebang, Melaka. Perjalanan ambil masa lebih kurang 40 minit dari Taman Dimensi, Alor Gajah (terletak di hadapan UiTM) Bila tiba, rasa teruja. Arena tersebut agak besar, menambahkan debaran dalam hati nak bertanding :) Cuma terkilan dan sedih sebab surau yang disediakan sangat kecil. Berkongsi weh! Muslimin dan muslimat di tempat yang sama! Ambil wuduk di bilik air yang jauh sikit dari surau. Tapi nak buat macam mana, tu tempat orang Cina.
Waktu Asar aku sorang je muslimat yang solat di surau tu. Kawan-kawan lain solat di masjid berdekatan. Aku tertinggal sebab leka berlatih sepak bola. Haha. Disebabkan lambat solat, aku digantikan dengan orang lain masa giliran team aku bertanding.
Punya la kuat suara kawan-kawan aku yang tengah bertanding. Bersemangat sungguh. Aku jadi tak sabar-sabar nak main. Tiba giliran aku....
GOL!!! Aku jaringkan satu gol weh! Eh, tiba-tiba gol? Hehe..haruslah tak.. Dah nak habis masa permainan, aku dapat jaringkan gol. Malangnya kalah 3-1. Takpe lah, yang penting semua seronok main. :D
Sayang kalian!!! ♥
Kami tamatkan permainan pada waktu Maghrib. Kemas barang dan solat di masjid berdekatan. Selepas itu, makan time! Hehe. Selesai makan kami menuju destinasi masing-masing, kampus dan juga rumah sewa...
Aku tiba di rumah sewa pada 23:10pm...
2 comments:
Gamba last sekali...best.
:P
hehehe
best sbb apa weh?
Catat Ulasan