Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Ahad, 26 Jun 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pagi : Alhamdulillah Eksporasi Rohani anjuran Jawatankuasa Penggerak Masjid (UiTM) dah selesai semalam. Event ni adalah islamic explorace, setiap checkpoint ada pengisian rohani, InsyaAllah. Semoga dapat dimanfaatkan oleh setiap peserta. Terima kasih sebab sudi hadir :)

2 pm : Walaupun penat belum hilang, aku sertai persatuan Intelligent Students Association (INSAN) bermain boling. Kami semua menaiki bas yg disewa khas oleh persatuan tersebut. Mesti MT2 INSAN seronok bila dapat sambutan yg menggalakkan. Tak sia2 sewa bas, kan? Syabas! Aktiviti kecil macam ni dapat eratkan ukhuwah kami. Ha, imam kami pun ada. Imam belanja makan aiskrim! Hee~ Ikut perancangan, kami akan makan di Radix Fried Chicken (RFC) di Mydin MITC tapi hari dah masuk lewat petang, rancangan dibatalkan. Jadi, kami makan nasi ayam. Rezeki jangan ditolak. Sila makan, sila, sila..hehe

Hampir 7pm : Sahabat2 INSAN & JPM bertolak pulang ke UiTM. Tapi aku & 4 org sahabat lain (Mariyam, Syazwani, Diyana & Kak Afifah) berjalan kaki ke Mydin MITC *adventure la konon :p
Masing2 ada agenda di sana. Ada yg nak beli baju, stok makanan, armsock, etc.. Aku ada agenda tersembunyi. Hehehehehe.. Tak boleh btahu la. Apa yg penting, kerjasama! Eh, silap. Apa yg penting semalam, aku nampak apa yg aku cari. Allah shj yg tahu apa aku rasa masa tu.
Lepas dh betul2 penat & dh tak ada lagi barang yg nak dicari, aku menelefon pak cik teksi (tak tahu nama sebenar pak cik tu. hehe). Belum cukup setengah jam, pak cik tu sampai. Kami tiba di destinasi masing2 dgn selamat.

Teruskan dengan aktiviti selepas ini :-
Tayangan montaj (eksplorasi rohani) & filem menggantikan usrah utk malam ni. InsyaAllah :) JOM KE MASJID!

*Hampir sebulan tak balik KL, rindu family terutamanya mak. :D
Mak, insyaAllah akak balik rumah bulan depan masa cuti mid-sem.Weee~~

0 comments: