Alhamdulillah dibukakan pintu hati ini mencari-Nya. Tanpa sedar tadi aku menangis tak bersebab. Di fikiran hanya terlintas, "Apa yang aku telah lakukan? Kenapa aku mesti lakukannya? Tak sedarkah aku bahawa itu satu kesalahan & bakal menjadi dosa besar andai diteruskan?"
Aku teringat pesanan seorang sahabat aku, "jaga iman, jaga akhlak, jaga hati & perasaan". Masih waras lagi aku berfikir & bertindak. Setiap kali teringat pesanan itu, aku menahan rasa untuk melakukannya. Alhamdulillah dikurniakan sahabat seperti itu yg menjaga sahabatnya dengan cara yg betul & memberi semangat semasa diperlukan.
Malangnya, hati manusia mudah tergugat. Dalam sekelip mata aku leka melayan semuanya. 02:00am, hampir sahaja mahu melelapkan mata, air mata aku mengalir. Berdosakah aku? Ya, aku tak mampu mengawal hati ini. Ku ambil wudhuk, solat & bersungguh-sungguh memohon agar dikuatkan hati ini, bersihkan hati ini & bimbing aku ke jalan yg diredhaiNya.
Aku serahkan segalanya pada-Mu ya Rabb. Astagfirullahal'azim..Astagfirullahal'azim...
Maafkan aku andai aku berubah sikap wahai kawan.
p/s: maaf, emosi terganggu. fikiran serabut.
4 comments:
sahabat.. ap yg kamu rasakan sama seperti apa yg sering aku rasakan.. sebenarny, perasaan itu hadir hanya skadar ujian.. Allah nk lihat kita berpaling pada siapa dlam memohon petunjuk & pertolongan.. Syukurlah kamu tetap igt Allah dlam masa kamu diuji.. kita hnya manusia biasa.. kdg2 kita sendiri x sedar ap yg kita dah buat.. kembali bertaubat pd Allah adalah yg terbaik.. Sahabat yg kurindui, igtlah Allah dlm setiap saat kelak diriMu akn terpelihara dari melakukn sesuatu yg dimurkaiNYA.. pesanan ini juga adlah utk diriku sdri krn hati manusia nie sering berbolak balik,, andai tiada iman yg kukuh, maka dgn mudahny kita terpedaya dgn segala pjuk rayu syaitan yg xkn henti m'hasut anak cucu kaum adam dari melakukan dosa.. KUKUHKAN IMAN, TINGKATKAN AMAL.. USAHLAH BERDUKA LAGI DUHAI SAHABAT.. KETAHUILAH BAHAWA AKU AMAT MERINDUIMU..
thanks wanie :')
InsyaAllah aku ingat pesanan kau.
kau boleh agk sape orgnya yg aku mksudkan?
aku daoat agk naz spe yg ko maksudkn tue.. tggu aku dtg sne ea.. t kte story.. :)
okie dokie syg :)
rindu kau
teringat kau masa mmj hari tu
ibnor buat montaj, nmpk muka kau dlm gmbr
rasa nk menangis je :'(
hm, aku ada tny pendapat alyas, dia just ckp bykkan berdoa & minta dijauhkan dr fitnah.
Catat Ulasan