Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Ahad, 6 Januari 2013

23 Safar 1434H

Hari ni sehari suntuk aku menghadap laptop. Eh, mestilah solat der. Orang tak berakal je tak solat. Hik3. Niat nak layan movie. Tapi dalam masa yang sama, aku nak online – FB, Twitter, dan Blog. Terlintas nak tengok Maharaja Lawak Mega aku search kat Youtube. Layan Jozan je. Lepas tu rasa nak tengok video-video lain. Allah SWT gerakkan hati tengok video Kelab Ikram Mesir (KIM) tentang Gaza. Padahal dah berkurun video tu ada. Afdlin Shauki, Bront Palarae, Zain Saidin, dan Ustazah Maznah berkongsi cerita tentang pengalaman mereka semasa di Gaza. Kata mereka, saudara-saudara kita di Palestin sangat ramah, baik hati, dan murah senyuman. Saudara-saudara kita dah siap sedia untuk syahid. Even ahli keluarga yang syahid pun saudara-saudara kita ni tak sedih tapi sangat gembira dan tentunya bersyukur. Kita ni mampu syahid atas katil je lah. Ish3.

Bro Afdlin ada cerita tentang sahabatnya yang ‘gila’. Bagi aku, memang sahabatnya tu layak dianggap gila tapi beliau orang yang dipilih Allah SWT untuk sama-sama berhadapan dengan rejim Zionis di Gaza. Sempat lah beliau yang ‘gila’ tu terlibat dengan perang. Menarik ceritanya. Kalau nak tahu lebih lanjut kenapa beliau dianggap gila (pelik), rajin-rajin lah usha YouTube.

Sahabat bro Afdlin ni pernah sampaikan niat kepada pemimpin Gaza, nak tinggal di Gaza - dalam erti kata lain nak menetap di sana. Pemimpin tu kata kurang lebih macam ni lah, “Kamu tak perlukan visa. Kamu tak perlu tukar kerakyatan. Kamu tinggal lah di sini kerana ini juga tempat kamu. Tempat orang Islam.”
Betapa mulianya saudara-saudara kita di Palestin kan?

Masa tengok video KIM, aku boleh gelak-gelak lagi bila bro Afdlin bercerita. Tapi ada satu video beberapa rakan FB aku share. Pun tentang Gaza. Video yang menunjukkan perkara sebenar yang berlaku di sana yakni kekejaman rejim Zionis. Tangan aku menggeletar tengok. Rakyat Palestin dilayan tanpa belas kasihan. Seorang bapa syahid di sebelah anaknya yang meraung-raung. Seorang lagi diikat, berdiri menghadap rejim Zionis dan ditembak mati dalam jarak yang sangat dekat. Paling menyayat hati apabila ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa. Allah..meleleh juga air mata aku.

Kat Malaysia banyak juga kes kanak-kanak atau bayi yang meninggal tapi kes ni puncanya ‘mak dan ayah’ tak sayang. Mereka anak luar nikah, dibuang merata-rata. See? Kita tak berperang tapi mayat ‘bersepah-sepah’. Lagi satu hal tentang persefahaman antara kita yang beragama Islam. Kalau dah sesama kita pun berkelahi-bertumbuk-memaki hamun-menganiaya hanya kerana agenda perjuangan yang berbeza, kan kurang lebih macam apa yang berlaku di Gaza. Rejim Zionis serang Gaza kerana penyakit hati yang ada dalam diri mereka. Hati yang kotor dan tamak. Penyakit hati tu lah yang dah lama ada dalam diri kita. :’( Puncanya amalan kita. Belum cukup. Kita tak mendalami Islam. Tak kenal Allah SWT, tak rindu Rasulullah SAW, tak ambil kisah tentang para nabi dan rasul, tak hiraukan hukum hakam, tak jaga hati parents, tak jaga ukhuwah sesama kita, sayangkan dunia… astaghfirullah…..

Hari ni aku emo.. Peace.
Assalamualaikum wbt.

Sabtu, 5 Januari 2013

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dah lepas satu lagi exam. Pagi tadi. Semua mengeluh. Semua muka redha.

Tinggal lagi 3 exam paper.

Harapan aku sebelum jawab exam sama je, berharap subjek tu jadi kawan baik aku masa nak tulis jawapan. Tapi, apakan daya, dia tak sudi. Aku termenung je sampai dah nak tembus dinding dewan exam.

Aku tak nak jumpa lagi dia sem depan. Sekarang aku mampu berdoa. Tawakal. Aku dah berusaha. Mungkin tak usaha sebaik mungkin spt kawan-kawan aku yang lain. Padan muka.

Sekian.

*Penat. Mengantuk. Gatal lepas exam merayau perabeh duit.
Sedap melantak Pizza Hut petang tadi melayan kawan aku kempunan. Haha.

Khamis, 3 Januari 2013


Alhamdulillah hari ni selesai satu exam paper. 4 more paper left! Sebelum exam mengharapkan subjek tu jadi kawan baik masa jawab soalan tapi apakan daya, dia hanya nak berkawan biasa. Harap-harap keputusan okay. Tak nak la jumpa dia lagi sem depan. Tak mahu berkawan lagi dengan dia. Er bukan putuskan silaturrahim, Islam tak bagi putuskan hubungan silaturrahim yang membawa kebaikan. Cuma aku rasa dia sesuai untuk dikenangkan aje lepas habis part 3. Heh, mengarut sikit. 

Dalam perjalanan ke kampus, aku cuak sangat macam tak pernah ambil exam UiTM je. Haha. Aku SMS mak, minta mak doakan yang terbaik. Semalam masa mak hantau balik kolej, kemain sombong lagi aku nak cakap. Haih~ Terasa lega sikit lepas SMS tu.

Ganbatte untuk next paper!

"Robbana Aatina milladunkarohmah. Wahaiyiklana min amrina roshada"