Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Ahad, 26 Februari 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Sedikit perkongsian dari ceramah pagi ini.

Bagaimana nak khusyuk dalam solat?
Buatlah persiapan sepertimana hendak pulang ke kampung halaman. Bersiap sedia. Kemas barang. 'Mengemas barang' untuk solat adalah semasa mengambil wuduk. Ambil wuduk dengan sempurna dan teratur.

3 pahala yang mudah diperoleh:
1. Tangok wajah ibu dan ayah
2. Melihat Al-Quran
3. Melihat masjid

* Tamrin Qiadi a.k.a. Kem Kepimpinan Islam, Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM),
UiTM Alor Gajah, Melaka

Ahad, 5 Februari 2012

Apa yang dicari?

Hati rasa kosong. Apa yang perlu diisi? "Kau nak bercinta eh?" Manusia, bila disebut sahaja hati, pasti tentang cinta yang dikaitkannya. Eh, tak salah. Memang  ada kaitan antara hati dan cinta. Cuma manusia mesti bijak meletakkan cinta yang utama dalam hati. Pertama cinta pada Allah SWT dan Rasul. Kedua cinta pada ibu bapa dan keluarga. Seterusnya, faham-faham lah ye :)

Kita harus ingat bahawasanya kita dilarang mencintai perkara lain lebih daripada kita mencintai Allah SWT dan Rasul. *Ha! Sesiapa yang tengah hangat bercinta dengan kekasih pujaan hati yang belum sah lagi tu, agak-agaknya apa tindakan anda? :)

Bagaimana hendak mengisi hati dengan cinta Illahi?

1. Perbanyakkan baca Al-Quran dan solat sunat.
2. Berzikir dan berselawat
3. Berdoa memohon hati yang bersih dan suci

Jangan kita mudah alpa dengan keindahan dunia yang boleh menjerumuskan kita ke lembah maksiat. Nauzubillah. Banyak dugaan masa kini yang mampu menggugat hati. Tapi kita wajib kuatkan diri! Buat persediaan rapi menghadapinya! Hanya pada Allah SWT tempat pergantungan kita. Jadi, carilah Dia Yang Maha Berkuasa atas segala yang terjadi di langit dan di bumi. Segala makhluk yang diciptanya perlu tunjukkan rasa cinta dan syukur kepadaNya melalui amalan seharian.

Ya, manusia mudah lupa. Kita sering lalai dalam mengingati Allah SWT. Kita sering ambil ringan untuk mengerjakan kewajipan kita terutamanya segera menunaikan solat lima waktu. Pelik. Jika seorang kawan tiba lewat pada waktu yang dijanjikan, kita mudah melenting. Walhal kita selalu melakukan perkara yang hampir sama..setiap hari! Apa jadi pada 'temujanji' kita dengan Allah SWT?? Astagfirullahal a'zim..

Itu baru sentuh tentang solat. Banyak lagi amalan yang kita buat endah tak endah je. Hm.. Sama-samalah kita mencari kebaikan dan tinggalkan maksiat...

Jumaat, 3 Februari 2012

Antara kata-kata dan kelakuan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Katanya Islam itu agama yang paling indah
Katanya wanita yang bertudung itu cantik
Katanya kita mesti boikot Yahudi
Katanya 'Aku inginkan lelaki yang soleh sebagai teman hidupku hingga ke syurga'
Katanya kita kena ikhlas membuat sesuatu
Katanya kita wajib hormati ibu bapa
Katanya kawan baik tu kawan sampai mati (kawan dunia akhirat ler)
Banyak lagi lah kata-katanya...

TAPI...

Ajaran Islam dia tak amalkan sepenuhnya
Aurat tak dijaga seeloknya
Cara hidup masih tak Islamik
Diri sendiri belum dididik menjadi solehah
Buat sesuatu pekerjaan mengharapkan pujian
Bila ibu bapa tegur, dia meninggikan suara, melawan
Kawan yang dicari tak mengingatkan tentang akhirat
Banyak lah alasannya tak nak buat apa yang dikatakannya...

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada mereka sendiri"
(Surah Ar-Ra'ad : 11)

Hidayah milik Allah SWT. Tapi selagi kita tak mencari, selagi kita tidak cuba ke arahnya, maka kita tidak akan memperolehinya.

Kalau orang sombong dengan kita, rajin ke kita nak layan? Tak rajin kan? Tapi bila orang ramah atau paling kurang dia sudi nak senyum pada kita, kita mesti rasa senang hati nak layan.

Jadi, macam tu lah juga situasinya andai kita sombong dengan Allah. Allah Maha Pemurah, sudi mendengar rintihan hamba-hambaNya. Jika kita mencariNya, Allah lebih mahu dekat pada kita :')

Tahniah pada anda yang berjuang demi Islam dan sentiasa berusaha meraih redha Allah SWT :D

p/s : jika ada silap dan salah, harap dimaafkan v(n_n)v