Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Rabu, 6 Jun 2012

Belajar AQ dengan kaedah Al-Baghdadi

Assalamu'alykum wbt.

Tahu tak 10% daripada Muslim di Malaysia tak boleh baca AQ dengan lancar? 70% pelajar IPT tak tahu baca AQ. Astagfirullaha'lazim.

Golongan ini adalah antara mereka yang rugi kerana :

"Sebaik-baik manusia adalah orang yang belajar AQ dan mengajarkannya."
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

* Hadith kelebihan membaca AQ.

Macam mana nak atasi masalah tak tahu baca AQ? Senang atau susah nak membantu mereka?

Ha, ada kaedahnya! Kaedah baru ini disebut Kaedah Al-Baghdadi.

Pengasas kaedah ini ialah Ustaz Jalaluddin bin Hassanudin. Beliau berpengalaman menyusun dan mengendalikan program kursus dan latihan kepada guru-guru serta ibubapa diseluruh negara hampir 10 tahun khususnya di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dan bahasa Arab.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. Nak mendaftar, nak ikuti kursus, nak tempah alatan, nak apa-apa je berkaitan al-baghdadi, semua boleh. Hehe.

Sangat seronok belajar kaedah ini. Ianya sesuai untuk semua golongan. Nak tahu lebih lanjut kena lah tengok video ni ^^,v

Amacam? Best kan? So, tunggu apa lagi? Jom main ketuk-ketuk! Hehe. Bila kita tempah alat ketuk tu, kita akan dapat sekali bukunya.

Harganya murah. RM10 untuk buku peringkat kanak-kanak, RM15 untuk buku peringkat dewasa. Mula-mula memang kelam kabut, maklumlah benda baru, kan. Tapi InshaAllah kita boleh buat. Usaha tangga kejayaan. ^_^v

Semoga semakin ramai yang mempunyai kesedaran untuk memperbaiki dan melancarkan pembacaan AQ. Maka, semakin banyak golongan tahfiz dilahirkan. InshaAllah. Ameen.

"Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada AQ maka baginya satu kebaikan yang menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

(Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi)

** Kagum dengan Ustaz Jalaluddin sebab beliau memperkenalkan kaedah ini untuk membantu
umat Islam tanpa mengharapkan keuntungan duniawi tapi untuk
mengumpul saham di akhirat kelak :)
Allah SWT rahmatimu Ustaz!

0 comments: