Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Jumaat, 19 Ogos 2011

Apa yang dah jadi? Apa yang sedang terjadi? Apa yang akan terjadi?

Salam.. Hm, sepanjang hari semalam, emosi aku terganggu tp masih waras la ye... Aku sampai tak mampu untuk ke kelas 8.30 pagi tadi. Badan rasa lemah, kepala sakit, lutut dh macam nak tertanggal. Nak kata aku berjalan kaki ke kampus, tak berjalan. Ada je kenderaan. Erm, stress agaknya. Ya! Tekanan, assignments yang bertimbun. Sabo je lah. Ni la namanya hidup pelajar universiti kan? Dah puas berseronok masa awal sem, sekarang dah nk habis sem, sedar-sedar lah lecturers nk buat penilaian. Bila penat fikirkan assignments ditambah dengan masalah-masalah lain, aku demam -.- Ponteng dua kelas. Perabih duit mak dan abah hantar kau belajar! Ish. Aku mengadu sikit dengan kawan tapi Allah wajib diutamakan :) Rasa sangat tenang bila kita cerita semua pada Allah. Menangis bila fikirkan diri ni selalu lupa nikmat yang diberikan. Allahuakbar..

Em, cukuplah rasanya. Nak sambung siapkn kerja! Salam Ramadhan!

*Semoga kita istiqamah beribadah terutamanya pada bulan Ramadhan ni.
Besar ganjarannya, ikhlas kerana Allah SWT!

Sabtu, 13 Ogos 2011

Ku bersyukur :')

Salam alaiyk sahabat-sahabat yang sentiasa dalam rahmat Allah SWT..

Hidayah itu milik Allah SWT. Sesiapa yg diberikan hidayah (petunjuk), dia adalah orang yg istimewa kerana berpeluang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri dari larangan-laranganNya. Tersentuh hati apabila mendengar tazkirah dari ustaz di surau semasa bertarawih tadi. Alhamdulillah aku antara manusia yg dipilih untuk beribadah di situ. Sebenarnya aku malas. Aku hanya fikirkan rehat atau tidur.

Aku hampir menangis semasa ustaz katakan kami beruntung kerana kami yg berada di surau tadi dipilih oleh Allah SWT untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat yang kekal abadi. Ustaz juga katakan bahawa kita umpama berlumba atau berada di suatu pertandingan.

Pada awal Ramadhan, yakni peringkat awal pertandingan, ramai peserta bertanding (ramai jemaah di masjid atau surau). Pada peringkat seterusnya pula, yakni suku akhir, separuh akhir, dan akhir, peserta semakin sedikit kerana disingkirkan. Pemenangnya hanya dapat dikenal pasti semasa tamatnya pertandingan. Ini bermakna mereka yg tidak menghadiri solat tarawih atau tadarus Al-Quran adalah orang yg tidak mendapat hidayah (atau mungkin mereka sendiri tidak mahu mengambil peluang) dan seterusnya kerugian kerana tidak dapat merasai nikmat menyambut Ramadhan dengan kesibukan beribadah.

Aku cukup terasa dengan kata-kata ustaz. Memang benar ustaz cakap, bukan mudah hendak mengikhlaskan hati utk ke surau kalau kita tak mengharapkan redha Allah SWT. Aku merasakan semua itu. Selepas malam ini, aku berharap aku mampu istiqamah. Amin~

Eh, belum habis lagi kisah aku di Melaka. :)

Em, aku dah rasa merdeka sebab tiada gelaran MT, Amirah Biro Publisiti dan Penerbitan, Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM).
Bukan aku letak jawatan tapi dah tiba masanya pimpinan baru untuk menggantikan tempat MT-MT lama.


Perasaan sedih dan sayu itu mesti ada. Melalui JPM, Allah SWT telah menemukan aku dengan abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, sahabat-sahabat, teman-teman seperjuangan yang cukup hebat. Tapi manusia tidaklah sehebat mana, masih ada kekurangannya. Allah SWT sahaja yang sempurna sifatNya.

Aku pasti akan merindui mereka semua. Banyak pengalaman menarik aku catatkan dalam 'kad memori'. Melalui JPM, aku menerima banyak input tentang Islam dan aku cuba sedaya upaya mengamalkannya sedikit demi sedikit. Aku melakukan perubahan dan Alhamdulillah tiada sebarang tentangan daripada keluarga. Tapi aku manusia yang khilaf. Maaf kepada sahabat-sahabat yang 'terkena' dengan aku.

Walaupun tiada gelaran MT, aku berharap untuk teruskan perjuangan semampu mungkin. InsyaAllah~


IKHLAS DALAM PERJUANGAN!

p/s: SAYANG KALIAN SEMUA! <3