Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Ahad, 26 Jun 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pagi : Alhamdulillah Eksporasi Rohani anjuran Jawatankuasa Penggerak Masjid (UiTM) dah selesai semalam. Event ni adalah islamic explorace, setiap checkpoint ada pengisian rohani, InsyaAllah. Semoga dapat dimanfaatkan oleh setiap peserta. Terima kasih sebab sudi hadir :)

2 pm : Walaupun penat belum hilang, aku sertai persatuan Intelligent Students Association (INSAN) bermain boling. Kami semua menaiki bas yg disewa khas oleh persatuan tersebut. Mesti MT2 INSAN seronok bila dapat sambutan yg menggalakkan. Tak sia2 sewa bas, kan? Syabas! Aktiviti kecil macam ni dapat eratkan ukhuwah kami. Ha, imam kami pun ada. Imam belanja makan aiskrim! Hee~ Ikut perancangan, kami akan makan di Radix Fried Chicken (RFC) di Mydin MITC tapi hari dah masuk lewat petang, rancangan dibatalkan. Jadi, kami makan nasi ayam. Rezeki jangan ditolak. Sila makan, sila, sila..hehe

Hampir 7pm : Sahabat2 INSAN & JPM bertolak pulang ke UiTM. Tapi aku & 4 org sahabat lain (Mariyam, Syazwani, Diyana & Kak Afifah) berjalan kaki ke Mydin MITC *adventure la konon :p
Masing2 ada agenda di sana. Ada yg nak beli baju, stok makanan, armsock, etc.. Aku ada agenda tersembunyi. Hehehehehe.. Tak boleh btahu la. Apa yg penting, kerjasama! Eh, silap. Apa yg penting semalam, aku nampak apa yg aku cari. Allah shj yg tahu apa aku rasa masa tu.
Lepas dh betul2 penat & dh tak ada lagi barang yg nak dicari, aku menelefon pak cik teksi (tak tahu nama sebenar pak cik tu. hehe). Belum cukup setengah jam, pak cik tu sampai. Kami tiba di destinasi masing2 dgn selamat.

Teruskan dengan aktiviti selepas ini :-
Tayangan montaj (eksplorasi rohani) & filem menggantikan usrah utk malam ni. InsyaAllah :) JOM KE MASJID!

*Hampir sebulan tak balik KL, rindu family terutamanya mak. :D
Mak, insyaAllah akak balik rumah bulan depan masa cuti mid-sem.Weee~~

Sabtu, 11 Jun 2011

Apa cerita?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Mcm mana rutin harian korg? Seronok ke? Atau membosankan? Dah dua minggu di Melaka, paling tepat belajar di UiTM. Minggu pertama dah sibuk utk uruskn event persatuan JPM. Minggu kedua assignment dah jenguk aku. Semakin sibuk la gamaknya....

Hari ini Sabtu. Tak ada perkara menarik aku buat. Skrg dah 5.36pm. Lebih kurang 9 jam aku menghadap lappy aku. Online, layan movie & layan music videos. Kesian lappy ni tak rehat. Hehe. Lappy ni je la yg ada sbg peneman aku. Housemates dah mhilangkan diri. Ada yg balik rumah jumpa keluarga & ada yg uruskan hal masing2. Eh, ada sorg housemate dah balik tp dia jenis yg suka terperap dlm bilik. Pemalu orgnya. Jd, keadaannya sama la mcm aku sorg2 di rumah. Hish, tak bergaul! Haha.

Hm, aku nak angkat baju yg aku sidai pagi tadi. Anak dara hape ni, dh lewat ptg baru terhegeh-hegeh nak angkat baju. *Anak dara zaman moden. Uh, menjawab! :p

Malam ni & mlm esk insyaAllah ada usrah di masjid uitm. Dah jd tanggungjawab utk aku mhadiri usrah tu. Mula2 tjawab sbg MT, tp lama2 rasa itu adalah tjawab utk Islam. Aku cuba belajar & mngajar ttg Islam. Berikan sedikit ilmu kpd yg lain, & juga menerima ilmu drp mereka. Wallahu'alam.

p/s: HAVE A NICE DAY PEOPLE!! :D

Ahad, 5 Jun 2011

Alhamdulillah dibukakan pintu hati ini mencari-Nya. Tanpa sedar tadi aku menangis tak bersebab. Di fikiran hanya terlintas, "Apa yang aku telah lakukan? Kenapa aku mesti lakukannya? Tak sedarkah aku bahawa itu satu kesalahan & bakal menjadi dosa besar andai diteruskan?"

Aku teringat pesanan seorang sahabat aku, "jaga iman, jaga akhlak, jaga hati & perasaan". Masih waras lagi aku berfikir & bertindak. Setiap kali teringat pesanan itu, aku menahan rasa untuk melakukannya. Alhamdulillah dikurniakan sahabat seperti itu yg menjaga sahabatnya dengan cara yg betul & memberi semangat semasa diperlukan.

Malangnya, hati manusia mudah tergugat. Dalam sekelip mata aku leka melayan semuanya. 02:00am, hampir sahaja mahu melelapkan mata, air mata aku mengalir. Berdosakah aku? Ya, aku tak mampu mengawal hati ini. Ku ambil wudhuk, solat & bersungguh-sungguh memohon agar dikuatkan hati ini, bersihkan hati ini & bimbing aku ke jalan yg diredhaiNya.

Aku serahkan segalanya pada-Mu ya Rabb. Astagfirullahal'azim..Astagfirullahal'azim...

Maafkan aku andai aku berubah sikap wahai kawan.

p/s: maaf, emosi terganggu. fikiran serabut.