Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Jumaat, 27 Mei 2011

Semalam hujan.
Aku bosan.
Jadi, aku lepaskan gian.
Tadaa!
Hehehehehe


Hmm dah lama tak pegang kamera,
Ni la gambar pertama utk cuti sem kali ni.
Weee~~
Satu gmbr pun dah cukup buat aku rasa seronok
:D

*get ready utk tugasan JPM sem hadapan,
InshaAllah

Rabu, 25 Mei 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah lulus untuk semua subjek bagi peperiksaan akhir semester 4. Cuma agak kecewa sebab tak dapat kekalkan Anugerah Dekan. *Padan muka kau, malas belajar!

Keputusan kawan2 UiTM lain macam mana? :)

**REDHAkan hati ini ya ALLAH, aku tahu itu yang terbaik dariMu :')




Rabu, 11 Mei 2011

Beri salam kepada Lelaki

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Tidak silap aku, tak lama dulu, persoalan tentang hukum muslimat memberi salam kepada muslimin pernah dibangkitkn semasa usrah yang aku sertai di UiTM. Alhamdulillah, hari ini digerakkan hati untuk membaca sebuah buku bertajuk "JOM! TANYA USTAZ" karya Dr. Nik Yusri Musa terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Semasa usrah, aku berdiam diri sebab tak pasti akan jawapannya. Ada yang menjawab tak boleh sebab boleh timbulkan fitnah. Nah, sekarang, nak bagi jawapan. Silalah baca..kalau sudi :)

Soalan: Bolehkah seorang perempuan memberi salam kepada lelaki yang tidak dikenali?

Jawapan: Boleh, kerana Rasulullah SAW memerintahkan kita agar memberi salam kepada siapa yang kita kenal dan juga kepada siapa yang kita tidak kenal. Ucapan salam ialah doa iaitu kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan orang yang kita beri salam. Siapa yang mengucapkannya beroleh ganjaran pahala. Ia bukannya seperti ucapan selamat pagi, selamat petang, selamat malam, dan seumpamanya.
Walaubagaimanapun, dalam suasana yang boleh menimbulkan fitnah, wanita tidak digalakkan memberi salam kepada lelaki.

Terima kasih sudi baca sampai habis :D Jadi, macam mana? Tak ada kemusykilan lagi kan? Alhamdulillah.. Tapi, kalau masih ada kemusykilan, InsyaAllah kita akan jumpa jawapannya lain kali. :)

Selasa, 10 Mei 2011

Pernikahan, Mahkota Kaum Wanita

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah hari ni aku manfaatkan masa cuti dengan membaca buku ilmiah. Tajuknya, "13 Aurat Wanita". Kenapa sentuh tentang hal nikah? Sebab...

1. Belakangan ni banyak kes zina melibatkan remaja. Puncanya couple.
2. Ada sesetengah wanita berkerjaya tak mahu mendirikan rumahtangga, ada komitmen lain katanya.
3. Ada pasangan memberi alasan tiada budget untuk walimah. *Buat kecil-kecilan pun ok, kan?

Bernikah merupakan Sunnah para Nabi dan Rasul serta jalan hidup orang-orang mukmin, juga merupakan perintah Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan juga hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(An-Nur:32)

Pernikahan merupakan jalan untuk menjaga kesucian dan kehormatan, baik lelaki mahupun perempuan. Selain itu, bernikah dapat mententeramkan hati dan mencegah diri dari dosa zina. Oleh itu, hendaklah pernikahan diniatkan kerana mengikuti Sunnah Nabi SAW dan untuk menjaga agama serta kehormatannya.

Tidak sepatutnya bagi wanita mukmin bercita-cita untuk hidup membujang kerana ianya menyebabkan hati sentiasa gelisah, mudah terjerumus dalam banyak dosa dan menyebabkan terjatuh ke dalam lembah kehinaan.

Antara kemaslahatan pernikahan adalah:
1. Menjaga keturunan dan penerus hidup manusia.
2. Menjaga kehormatan dan kesucian diri.
3. Memberi ketenangan bagi dua insan dan saling melindungi serta berkasih sayang.

Kesimpulannya, teruskan apa yang baik menurut Islam. Ada hikmah Allah SWT melarang zina. Bagi yang tak berkemampuan, dah terang2 dalam hadis di atas, kan? "Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
Jadi, go on! Hehehe. Semoga kita bertemu jodoh yang baik. Amin~ :)

Ahad, 8 Mei 2011

Salam alaiyk.... :D

Selamat hari mak kepada mak saya, Hamidah Alang Ahmad. Tak lama lagi hari lahir mak pula, pada 18 Mei 2011. :)
Akak harap dapat tengok muka mak hari2, kena marah dengan mak, balas jasa mak, habiskan duit mak (ni la sikap anak2 muda skrg. ish2. :P), n etc. Akak risau kalau akak buat perangai jahat macam dolu2. Sebab tu tak nak ada pakwe. Hati anak mak ni belum kuat lagi :'( Akak tak nak buat mak sakit hati lagi, tak nak buat mak menangis sebab akak. Mak doa2kan akak jadi anak solehah ye. Heee :) Terima kasih MAK!


Selamat hari tua kepada abang saya, Suhairil Izham Suhaimi. Cepat2 nikah weh! Tak sabor nk dapat anak buah. Weeeee~ Hehe



p/s: nak luahkan kat mak n abang, teman segan.
dalam blog pun boleh, kan? ;)

Rabu, 4 Mei 2011

Menggeletar weh

Salam alaiyk..

Beberapa minit yang lepas aku baru shaja memandu kereta. Di kawasan berdekatan rumah. Mula2 tak rasa gabra (cool la kononnya). Tapi bila dah keluar dr kereta, & masuk rumah, aku dapat rasa tangan aku menggeletar. Mungkin sebab dah lama tak memandu. Hehe. Tak puas rasanya selagi tak memandu sampai ke Melaka. Weee! Malangnya aku belum ada lesen kereta la. Gian la aku nak ronda2 di Melaka naik kereta sendiri.

p/s: nak sangat memandu kereta sendiri
tapi malas nk ambil lesen.
ada ke patut? haihhh -.-

Isnin, 2 Mei 2011

Salam alaiyk..

Alhamdulillah aku selamat sampai di rumah (dari melaka) pada hari sabtu, 30/4.

Cuti sem bermula. Aku tak ada sebarang perancangan untuk cuti kali ni. Jadi, menghadap cerita korea, makan, tidur. Sebenarnya banyak urusan belum selesai tapi MasyaAllah, punya lah malas nk keluar rumah. Hehe.

1. Bank-in duit sewa untuk sem depan
2. Renew lesen motor (dah full weh. woho! *ok, aku tahu agak terlambat. haha)
3. Renew lesen kereta. Malas nak sambung belajar memandu. *Pemalas sungguh -.-

Aku rancang nak keluar esok. Sekarang ni musim hujan waktu petang. Harap2 cuaca baik lah. Al-maklum lah, merempit je. Kalau hujan, naya weh...

p/s: boleh bagi tips hilangkan penyakit malas aku ni? :)