Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Khamis, 24 Mac 2011

Musim demam/sakit, bukan musim bola

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidak menimpa seorang Muslim suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran hadis: Ditimpa kesakitan atau penyakit itu adalah ujian keimanan dan penghapus dosa.

Kenapa tiba2 post hadis ni? Em, kenapa ek? Allah, lupa la pulak. ........

Oh, ha! Saja kongsi cerita. Minggu ni aku demam tiba2 (bukan demam kura2 ye). Sebenarnya bukan la tiba2. Segala perkara berlaku ada puncanya, kan? kan? kan? Aku keluar dengan classmates hari Sabtu lepas (19 Mac). Kami pergi walimah kakak kepada Husna (bila pulak Husna nk nikah? hehehe) di Jasin, Melaka. Tengah syok2 makan, hujan. Pergh.., tempias kat aku! Haha. Dengan gelojohnya aku makan *tipu je :p

Hujan agak lebat, jadi kami tunggu hujan reda untuk ke kereta sbb kereta diletakkan agak jauh dari khemah (kalau boleh nak letak kereta depan khemah je. hehehe). Dah namanya pun hujan reda, masih hujan la kn? Ha, bermandi hujan la aku ni.

Lepas solat Zohor, classmates aku nk berkaraoke. Ikutkan aje la, aku ni penumpang kereta je. Uhuk. Masa karok, kepala aku dh mula sakit. Mst sbb lambat mandi. Kan sepatutnya mandi dgn segera bila kena air hujan. Haduyai. Mmg sakit palo den.

Sampai rumah sewa waktu Maghrib, aku solat then terjelopok atas tilam, zzZZZZzzz

Bermula la kisah aku demam....kakak2 kat rumah sewa jadi nurse & doc, asyik jenguk aku dalam bilik, sediakan makanan. Terima kasih weh :D Hm, masa aku taip post ni, aku sakit tekak (batuk2). *Aku tak karok pun hari tu. Pe kes leh takde suara? Adeh.. Sabo je la.. Keluarga/kawan/cikgu-cikgi/jiran atau sape2 je la yg sedang sakit, Ingat2 hadis kat atas nun :)


Rabu, 16 Mac 2011

Pesanan sebagai peringatan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur. Sekarang ni macam2 musibah melanda, petanda kiamat dah hampir. Bersyukur masih selamat. Tapi jangan leka dengan kesenangan (peringatan untuk diri sendiri. hmmm, skrg makin sng lalai dlm semua perkara. astagfirullah..).

Petang tadi ada kelas LAW251 (Undang2 Perniagaan). Pensyarah kelas kami (DBS4E), Puan Marziana Abd. Malib sambil tersenyum tiba2 cakap, "Awak pernah dengar tak 'Expect the Unexpected'?" Kebanyakan pelajar jawab pernah. Aku tertanya-tanya, apa motif puan cakap mcm tu...

"Apa perasaan awak kalau tiba2 awak dapat berita, ahli keluarga awak atau sesiapa yang awak sayang tiada lagi dalam dunia? Itu perkara yang awak tak jangkakan? Betul tak? Tapi boleh ke awak nak halang ia drpd berlaku? Tak boleh kan?"

Masa ni aku dah nak menangis, terbayangkan mak dan abah di rumah. :'(
Puan sambung lagi..

"Ada satu keluarga ni, sangat bahagia. Senang cerita, loving family la. Ada 3 org anak. Pada suatu hari, keluarga tersebut ditimpa kemalangan jalan raya. Ditakdirkan ketiga-tiga anak pasangan ni meninggal dunia. Mula2, si ayah dapat tahu anak sulung meninggal dia dah sedih sgt. Anak kedua parah, si ayah berharap si anak selamat tapi takdir Allah, si anak pun meninggal. Si ayah melawat anak ketiga. Dia rasa seronok lihat anaknya dapat buka mata dan segera panggil doktor, "Doktor, tengok! Anak saya tak ada apa2, dia dah sedar!". Rupa2nya situasi tu hanya dilihat oleh ayah semasa saat2 akhir si anak."

"Kalau perkara macam tu berlaku pada awak, apa awak rasa? Sedih sangat kan? Mesti terlintas nak bunuh diri. Sama la apa yang jadi pada si ayah tadi. Sebenarnya awak tak boleh pendam perasaan sedih awak tu, tak elok. Nanti jadi perkara yang tak baik. Si suami tak beritahu pun pada isteri ttg dia nk bunuh diri sebab risau isteri bertambah sedih. Tapi rupa2nya, si isteri pun pernah terfikir nak buat perkara sama. Bila masing2 dah tahu perasaan mereka, hasrat tak baik tu dilupakan."

"Biasanya org akan kata masa akan mengubat hati yang terluka. Tapi betul ke? Bg org yg alaminya, masa tak boleh ubat apa2 pun kan? Masa hanya sekadar berhentikan sekejap perasaan terluka tu."

Hmm, betul juga tu. Selagi kita tak alaminya, kita tak tahu betapa sakitnya hati terluka atau sedih. Eh, apa kesudahan cerita pasangan tadi? Haa....

"Tak lama lepas kejadian kehilangan 3 org anak sekaligus, pasangan tu dapat anak kembar 3! Hebat kan kuasa Allah? Kita sbg org Islam untung tau.. Sabar dan redha, Allah akan berikan sesuatu yg lebih baik kepada kita sbg ganti kehilangan yg kita alami.."

Terima kasih puan! InsyaAllah akan selalu diingati.. :)

Isnin, 14 Mac 2011

Terengganu mari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah selamat pergi dan balik Terengganu-Melaka. Selama 3 hari 2 malam di Terengganu, aku rasa seronok dapat luangkan masa dengan kawan2 sekelas. Tapi rasa macam sekejap je dah 3 hari. Belum puas. Harap2 ada rezeki nak ke sana lagi.

Hari pertama (bertolak dalam pukul 3.45 petang) dalam bas, rasa bosan. Baru sampai Negeri Sembilan, masing2 dah mula menggila. Terutamanya budak2 lelaki. Si Haziq Hamid melayan perasaan nyanyi lagu Radja-Jujur (lagu melalui radio je. CD karaoke tak ada). Secara tak langsung bermulalah konsert percuma dalam bas UiTM. Haha. Layankan aje lah...

Kami berhenti rehat, solat, & makan di Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur. Perjalanan diteruskan hampir pada waktu maghrib setelah semua selesai makan & solat. Memandangkan masing2 dah bosan, pak cik bas (kalau tak salah, namanya bob. hehe) pasang CD, cerita Anaconda 3. Aku duduk di kerusi depan. Memang syok layan cerita tu. Rasa nak tidur tapi tak boleh tidur. Jadi, tengok la cerita tu sampai habis...

Tiba di Kuantan, bas berhenti. Pak cik bas cakap boleh pergi minum atau pergi tandas. Aku dengan Husna, Haly, Lina, & Hafizah pergi surau. Tak larat nak makan. Kenyang sangat. Lagipun letih, duduk lama dalam bas. Haih~ Lama sungguh.

Bila aku melangkah je dalam bas, Zakiah tengah belek2 CD. "Aik, mana pulak dia dapat CD banyak2 ni?" Aku pun tanya la, "Zakiah, pehal ni? Nak buat apa?" Dia jawab, "Ni ha, ada cerita lain. Jom tengok!" Zakiah pilih dan undian dikira. Huhu.. Maka, dengan undian terbanyak, Hantu Kak Limah Balik Rumah ditayangkan. Semua tengok dengan khusyuk.. "Kite bakor je!" , "...angkat tangan macam saye", "plawok..plawok..plawok..".. Haha

Pukul 1 pagi HKLBR habis, dan kami tiba di Sumai Hotel Apartment....

Hmm, hari kedua? Dalam 8 pagi kami bertolak untuk sarapan. Nak makan nasi dagang tapi tak disediakan. Bila aku tanya mak cik kedai kenapa nasi dagang tak ada, dia kata, "Susah nak dapat ikang" Pulok dah.. Aku makan nasi minyak. Sir Din (pensyarah PR DBS4E) belanja kami semua weh!

Secara ringkasnya, pada hari sabtu, kami ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man (river cruise tengok Masjid Kristal) ,dan Noor Arfa Batik (mencanting batik), Kuala Terengganu. Pada waktu malam, kami makan malam berdekatan Dataran Syahbandar. Menunya adalah tom yam, ikan masak 3 rasa, telur dadar, daging masak merah, air sirap. Masing2 makan penuh berselera... Seronok pula tengok semua berpakaian sedondon, bertemakan 'Putih Bersinar, Merah Menyala'. Jom buat lagi! Hehe.

Hari terakhir.. :(
8.30 pagi bertolak ke Pusat Kraftangan. Sebelum tu, kami bersarapan. Sir Din belanja lagi weh. :DD

Di sini, kami lihat proses siapkan kain samping, dan kraftangan lain seperti beg tangan dan beg duit. (tak tahu sgt apa yang ada sbb sibuk tangkap gambar :) hehe) Kami juga lihat pameran barang2 kegunaan orang2 dahulu, brg2 semasa perkahwinan, seterika lama, alat perah santan dan banyak lagi.

Sebelum balik, kami singgah di Pasar Payang dan Kuala Kemaman. Beli keropok & makan satar! Nyam2. Seronok...

12 tengah malam tiba di Alor Gajah...

Jumaat, 11 Mac 2011

Alhamdulillah.. dah nak sampai terengganu, bersama kawan2 DBS4E. :)