Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Selasa, 15 Februari 2011

Bercinta dengan Rasulullah SAW

Pepatah Melayu ada menyebut - "Tak kenal maka tak Cinta". Ungkapan ini, antara lain membawa maksud, jika kita tidak kenal dengan seseorang bagaimana mungkin kita dapat menzahirkan perasaan cinta terhadapnya. Tidak pernah wujud orang yang bercinta dengan seseorang yang tidak pernah diketahui atau dikenalinya terlebih dahulu.

Tidak hairanlah di dalam Islam, perkara pertama yang perlu dititikberatkan sebagai Muslim ialah mengenal Allah atau di dalam Bahasa Arabnya berbunyi -Awwaluddin Ma'rifatullah. Sebab itulah, jika dilihat kepada ayat-ayat Al-Quran yang terawal diturunkan atau yang juga dipanggil Ayat Makkiyyah (yang diturunkan di Makkah), kebanyakannya menceritakan tentang kebesaran Allah atau aspek-aspek berkaitan akidah yakni keesaan Allah.

Ini kerana pada ketika itu, masyarakat jahiliyyah masih menyembah berhala dan mengamalkan pelbagai amalan khurafat yang lain. Ayat-ayat yang kebanyakannya dimulakan dengan ungkapan 'Ya Ayyhuhannas' ini bertujuan untuk membersihkan jiwa manusia daripada unsur syirik dan khurafat tersebut.

Hanya setelah unsur-unsur jahiliyyah dan syirik tersebut dinyahkan, barulah prinsip-prinsip serta syariat Islam yang lain dapat diterapkan ke dalam diri seorang Muslim.

Jika dilihat pada ayat-ayat Makkiyyah tersebut, tidak dinyatakan tentang persoalan Ibadat seperti Solat, Zakat, Haji dan sebagainya. Ini kerana, persoalan Ibadat yang merupakan manifestasi cinta seseorang hamba kepada tuhannya hanya akan datang apabila seseorang itu telah mengenal tuhannya atau dalam kata lain - telah jelas dari sudut akidahnya.

Kenal Allah, Baru Ibadat

Jika teori ini diambil kira, maka pendekatan dalam berdakwah kepada Non-Muslim kita pada hari ini tidak sepatutnya didahulukan dengan perkara Ibadat. Bagaimana mungkin kita ingin menyuruh Non-Muslim melakukan ibadah jika mereka terlebih dahulu belum mengenal Allah. Bila mereka sudah kenal Allah, barulah beransur-ansur akan datang perasaan ingin menunjukkan rasa kasih dan cinta kepadaNya iaitulah melalui amal ibadah yang telah disyariatkan.

Begitulah juga cinta kita kepada Rasululluah SAW. Bagaimanakah agaknya cara untuk menzahirkan perasaan cinta kepada baginda? Sudah tentulah persoalan tersebut hanya dapat dirungkaikan dengan kita terlebih dahulu mengenal Rasulullah SAW.

Mengenal Rasulullah SAW, antara lain bermaksud kita tahu apa yang baginda suka dan apa yang baginda benci atau apa yang baginda suruh dan apa yang baginda larang. Jika kita enggan membuat perkara yang baginda suka atau masih membuat perkara yang baginda larang, maka kita masih belum cukup kenal, jauh sekali untuk bercinta dengan baginda.

Suami Isteri

Sebagaimana kedaannya sepasang suami isteri yang saling mencintai antara satu sama lain. Si suami akan berusaha membuat apa yang disukai dan meninggalkan apa yang dibenci isterinya sebagai tanda dan bukti cinta yang tidak berbelah bahagi kepada isterinya. Namun, jika si isteri melihat si suami sudah tidak lagi membuat perkara yang disukainya atau membuat perkara yang dibencinya, maka ia seolah menunjukkan cinta dan sayang si suami tadi sudah semakin pudar.

Maka, begitulah juga halnya dengan cinta kita kepada Rasulullah SAW. Tidak sempurna cinta kita kepada baginda jika kita tidak melaksanakan arahan serta mengamalkan sunnah baginda di dalam kehidupan seharian.

Memperlekeh & Membenci??

Bagaimanakah kita ingin mengatakan kita cintakan Rasulullah jika kitalah orang pertama yang memperlekehkan dakwah baginda? Bagaimanakah kita ingin katakan yang kita amat menyintai baginda jikalau kitalah orang yang paling bencikan sunnah dan ajaran baginda?

Jika Rasulullah tidak pernah melebihkan kaum Arab ke atas kaum yang lain - kerana setiap anak adam itu sama sahaja di sisi Allah melainkan yang bertaqwa, kita pula membeza-bezakan darjat sesama manusia hanya kerana bangsa dan warna kulit.

Jika Rasullullah SAW menjadikan dakwah Islamiah sebagai agenda hidup-mati baginda, kita pula hanya menjadikannya kerja-kerja part-time yang bersifat bermusim malah mengharapkan balasan duniawi di sebalik kerja-kerja tersebut. Jika baginda sanggup menghukum anakanda baginda Fatimah sekiranya beliau mencuri, kita pula lebih suka menyebelahi anak kita meskipun anak kita melakukan kesilapan.

Malah, jika kita seorang yang berpengaruh, kita akan cuba sedaya upaya menggunakan pengaruh dan kuasa untuk memastikan anak kita yang bersalah itu dilindungi atau tidak dihukum. Jika Rasulullah menyuruh kita menjaga batasan pergaulan dan menutup aurat, kitalah orang yang paling gemar mendedahkan aurat dan bergaul bebas tanpa batasan.

Jika Rasulullah menyuruh kita berlaku adil - iaitu memberikan hak kepada mereka yang berhak, kita pula hanya memberikan hak kepada orang yang kita sayangi, yang kita kenali, yang mempunyai persamaan dengan kita, meskipun kekadang mereka tidak berhak! Jika Rasulullah mewasiatkan kita untuk berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup, kita kadangkala tidak ambil pusing akan apa yang terkandung di dalam kedua-duanya.

Jika Rasulullah menyuruh kita bercakap benar, kitalah orang yang paling suka membuat spekulasi palsu untuk kepentingan diri. Jika Rasululllah menganjurkan agar kita takutkan kemurkaan Allah lebih dari segala-galanya di atas muka bumi ini, kita pula lebih takutkan sesama manusia, lebih-lebih lagi jika ia berkait dengan periuk nasi kita.

Jika Rasulullah menyuruh kita mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri kita, kita pula hanya mementingkan diri sendiri. Jika Rasulullah menyuruh kita menunaikan amanah yang telah dimanahkan - lebih-lebih lagi jika ia berkait dengan kepentingan umum, kitalah orang yang paling gemar mengkhianati amanah tersebut.

Berarak Sahaja Tidak Cukup

Nah, jika kita masih melakukan apa yang Rasulullah tidak suka, bagaimana mungkin kita katakan kita sudah cukup kasih akan baginda! Sesungguhnya, kasihkan baginda tidak memadai dengan hanya berarak dan berselawat memuji baginda, tetapi juga menginsafi falsafah diutuskan baginda kepada kita semua - iaitu tidak lain dan tidak bukan sebagai rahmat sekalian alam.

Moga-moga belum terlewat untuk kita kembali 'menghargai' rahmat yang didatangkan kepada kita melalui pengutusan baginda Rasulullah SAW. Mudah-mudahan dengan cinta dan kasih kita yang tidak berbelah bahagi ini, kita akan beroleh syafaat baginda di akhirat kelak seterusnya sama-sama menghuni syurga Allah bersama-sama baginda, para anbiya', solihin dan pejuang-pejuang agama suci ini.

Salam Maulidurrasul - 12 Rabi'ul Awwal 1432 Hijriyyah.

**SUMBER - http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1694-bercinta-dengan-rasulullah-saw.html

Jumaat, 11 Februari 2011

Hanya kami berdua di rumah!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Memandangkan esok hari Sabtu, malam ni aku malas nak menghadap buku. (Sebenarnya malam2 lain pun aku malas. Hehehe) Rancangan aku, nak tidur lambat. Layan movie kot. Tengok la nanti macam mana. Mula2 online je, tapi dah naik bosan. Update blog, download lagu dan kemudian baru tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. (Ok, aku tahu aku agak ketinggalan).

Wah, bau apekah ini? Oh, Kak Surina memasak! Aku menghadap lappy je ni. Ada juga jenguk dia kat dapur tapi dia cakap' "Naz gi depan. Biar akak yg masak". Walaweyy, apa lagi kan? Rehat je la. Hehe. Malam ni kami berdua je. Kakak2 lain masuk kampus UiTM. Ada pemilihan SAFA (Sukan Antara Fakulti). Kenapa aku tak pergi? Aku tak ambil tahu pasal perkara tu. Duduk rumah je la.

Halamak! Pagi esok keluar dengan Aisyah dan Maz. Erk, kalau tidur lambat, bangun lambat lak nnt. Adeh... Nak layan movie ni. Ermm, layan je la. Hehe. Nasib la esok kalau lambat. Ngeee...

Kak Su dah habis memasak, apo laie?? Makan lahh. Lapau sangat ni... Bismillah..
When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed. They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance and support, to aid you physically, emotionally or spiritually. They may seem like a godsend and they are. They are there for the reason you need them to be. Then, without any wrongdoing on your part or at an inconvenient time, this person will say or do something to bring the relationship to an end. Sometimes they die. Sometimes they walk away. Some times they act up and force you to take a stand. What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled, their work is done. The prayer you sent up has been answered and now it is time to move on.
People come into your life for a reason, a season or a lifetime. When you know which one it is, you will know what to do for that person.
You can complain that life has been terribly unfair. Or you can move ahead anyway and achieve what you intend, no matter what the obstacles may be.

Rabu, 9 Februari 2011

Cara-Cara Mengatasi Marah

1. Latih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, dan berhati-hati membuat keputusan.

2. Mohon perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan.

3. Berwuduk. Sesungguhnya, syaitan itu dijadikan daripada api. Dan api akan padam dengan mengambil wuduk.

4. Ingat balasan buruk yang akan menimpa orang yang mengikut nafsu amarahnya.

5. Ingat kepada kelebihan dan pahala yang diperoleh orang yang berjaya menahan amarahnya yakni disifatkan sebagai pahlawan yang berani.

6. Maafkan orang yang menjadi punca kemarahan kita.

7. Jika sedang berdiri, maka hendaklah duduk. Jika marahnya masih belum reda, hendaklah berbaring.

** Sumber: Majalah Solusi, 27

p/s : Mari sama2 kita amalkan! InsyaAllah...

Kadang-kadang...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua :)

Sedar tak (kalau tak sedar, buat2 sedar. hehe) kadang2 entri aku sesuatu yang serius. Contohnya, artikel berkaitan agama. Kadang2 aku bercerita ttg kisah seharian aku. Dua entri yang berbeza, maknanya dua penggunaan bahasa yang berbeza. Bukan satu bahasa Melayu, satu lagi bahasa Mandarin. Maksud aku, satu entri bahasa baik je (berbudi bahasa sikit. haha).
Satu lagi, bahasa muda-mudi skrg lah. Mcm post kali ni. Ayat selamba je.

Aku cuma nak kongsi sikit ttg kehidupan, berdasarkan entri2 aku. Kita sebagai manusia, tak perlu selalu sgt serius, dan tak perlu selalu sgt suka2. Biar seimbang, baru bahagia, InsyaAllah. Kan3? Setuju tak? Aku boleh dikategorikan sebagai seorang yg serius. (Kat sekolah menengah, kawan2 aku panggil aku singa. Haha). Tapi kadang2 bila nk hilangkan stress, aku gelak ketawa juga. Bukan gelak sorg2 mcm org gila (kecuali masa tgk cte kelakau sorg2 ler. hehe). Kadang2 buat lawak atau dgr lawak dr kwn2, seronok ow! Rugi sape yg serius je memanjang. Jom kita berseronok dgn gelak ketawa! Haha.

**Ingat! Jangan seronok sgt! Ingat dunia, ingat akhirat...

Detik 1 pagi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Haa, agak2 cerita ttg apa ye? Apa yg terjadi pada detik 1 pagi? Jeng3....

Selepas perjumpaan MT semalam, aku sampai rumah sewa dalam pukul 1 pagi. Penat weh, dah la ada kelas pagi. Belum gosok baju, belum letak buku dalam beg. Masuk je bilik, aku tukar baju. Bersihkan diri dulu lah. Baru selesa nak tidur. Syaitan suka bila kita busuk2 ni. Huuu.

Masuk je bilik air, ada benda merayap. "Hek eleh, amenda plak ni...? Dah la aku sorg je yg berjaga masa ni..", aku mengomel sorg2. Masa tu tak pakai cermin mata. Bila tgk betul2, "Walawey...lipas daaaa", secara cool aku berkata (pdhal dah geli. nasib baik tak menjerit :P) "Fuhhh, elok lah kau keluar dari bilik air ni weh"

Ha! Tak habis kat situ je. Keluar dari bilik air, lipas tu melepak kat tepi pintu bilik aku! "Weh, cmne la aku nk msuk bilik, aku dah mengantuk sgt ni, nk tdo la weh", kataku kepada lipas tersebut (Haha). Dia leh wt tak tau je. Hampeh. Kalau aku buka pintu bilik aku, naya lah lipas tu masuk bilik aku, satu hal lagi nk cr dia yg merayap dlm bilik tidur. Agak lama tunggu baru la lipas tu chow. Lega. Tapi...."Eh, apa kat kaki aku ni?" Ada lagi seekor! "Alahaiiiiii"
Ada ke patut merayap kat kaki aku? Nasib baik tak naik ke badan. Woho! Mmg aku menjerit kalau betul2 jadi.

Haih, lipas punya pasal, aku tidur lambat. Tak sempat buat apa2 kerja, aku terus tidur. Tapi baca doa tidur dulu ye... Hehe. Lebih elok baca Ayat Kursi. Aku amalkan (InsyaAllah) juga baca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, & Surah An-Nas :DD

ZZZzzzzzZZzzz..........

Malam bersama MT JPM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Malam tadi, kami yakni MT-MT Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) mengadakan perjumpaan.

Setiap seorang dari kami diberi borang ni:

Dari perbincangan/perkongsian kami, aku berpendapat bahawa,

1. Apa yang Islam beri pada kamu?

-Ketenangan hidup: Apabila kita dilanda masalah, solat/doa/amalan2 sunat InsyaAllah dapat membantu kita selesaikan masalah. Setuju? :D

-Kesempurnaan hidup: Islam melengkapkan segala keperluan kita; rezeki yang halal, kesihatan yang baik.

2. Apa yang kamu beri pada Islam?

-Mencuba berubah dan diubah ke arah kebaikan, mendekatkan diri dengan Islam supaya dapat menyampaikan(berdakwah) kepada orang lain agar mampu memartabatkan Islam. :) InsyaAllah~

p/s: Alhamdulillah kita dilahirkan dalam keadaan beragama Islam, agama yang diredhai Allah :)

**Sebenarnya aku rasa aku tidak banyak menyumbang kepada Islam :(

Isnin, 7 Februari 2011

UiTM di Hatiku :DD

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kawan2 sekalian...

Selamat kembali dari bercuti kawan2! Banyak dpt angpau? Hehe. Alhamdulillah masih diberi peluang menikmati nikmat dunia yang sementara. Rumah dah ditinggalkan, sekarang berada di Melaka. Di mana lagi kalau bukan UiTM (sentiasa di hatiku yallz! haha). Niat dalam hati, tak boleh malas2 lagi. Belajar2! Jangan nak rehat je! Tapi...bila dalam kelas, "Adeh, apa lec ckpkan ni...? Mcm faham tp tak faham...Ish, fokus weh, jangan main2, jangan berangan" Aku tak tahu input apa yang aku terima dan simpan dalam otak aku. Lepas habis kelas aku cuba refresh, tapi hampeh. Ni mesti sebab belum ready nk masuk kelas. Nak melepak di rumah je kot. Hehehehe. Walau mcm mana pun, tetap harus bersedia belajar dan fokus masa belajar. Ha, nak kongsi petua pelajar cemerlang dr sini. Jom sama2 mengamalkannya, InsyaAllah... Selamat beramal! :D

**Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)