Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Khamis, 29 Disember 2011

Rindu

Rindu kamu...

Adakah itu perlu?

Ya! Tapi pabila aku sah menjadi yang halal bagimu.

Kini, aku hanya perlu rindukan Dia yang Maha Esa, yang Maha Kuasa.

Rasa rinduku ini diberi olehNya

dan aku ingin kembalikan padaNya

Dia yang lebih berhak

Bukan kamu!

Belum tentu kamu menjadi imamku/makmumku di mahligai kasih kita nanti (wah, mahligai :D)

Aku akan memberi rasa rindu ini pada ibu bapaku, ahli keluargaku, pendidik-pendidikku, dan sahabat-sahabatku.

Setelah itu baru kamu :)

Biar si jejaka atau si dara tak terima cintamu, jangan Allah SWT tak

terima doamu dan cintamu ^^


Belajarlah untuk kehilangan dia, andai dia bukan jodoh KAMU..


Belajarlah untuk tabah, andai dia pergi dari hidup KAMU..


Belajarlah untuk menerima hakikat, yang dia bukan milik KAMU

..
Belajarlah untuk berhenti mencintai dia, andai cinta dia bukan untuk KAMU ♥

Mengimbau masa lalu

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Jalan yang ku pilih, ku harapkan redha dari Allah SWT...

Muhasabah diri. 

Renungkan kembali apa yang telah terjadi. 

Perlukah diulangi?

Tidak. Tak perlu ku ulangi waima sekali.

Pada Allah SWT aku kembali.

Allah, ku tak layak untuk ke syurgaMu.

Tapi aku tak sanggup ke nerakaMu.

Terimalah taubatku.

Peliharalah imanku.

Tetapkanlah hatiku dalam agama suciMu.

Ku tak ingin hatiku mati...

Hidupkan hatiku dengan cahayaMu, ya Rabb :')

Selasa, 20 Disember 2011

Lawatan Jalinan Kasih

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hai semua! *Siapa je yg baca blog ni? -.-

Pada Jumaat lepas yakni 16 Disember (ok, cerita dah lapuk), MT-MT JPM bertolak ke Pulau Pinang (Ada dua orang mantan MT yg  menyibuk ikut :p) Kami bertolak pada waktu pagi dan tiba di hotel menjelang waktu maghrib.

Aktiviti utama adalah membuat kunjungan balas kepada sebuah persatuan Islam di UiTM Pulau Pinang iaitu Rakan Pusat Islam (RPI). RPI pernah berkunjung ke UiTM Alor Gajah pada Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah, walaupun dah setahun berlalu, dapat juga peluang untuk menjengah mereka.

Di UiTMPP, kami, RPI dan JPM mengadakan sesi taaruf dan membuat perbincangan berkaitan beberapa isu berbangkit seperti bagaimana hendak mempromosikan persatuan Islam kepada pelajar.

Sepanjang berada di Pulau Pinang, kami banyak menghabiskan duit untuk mengisi perut. Hehehe. Rasanya aktiviti 'berkunjung' ke kedai makan lebih kerap dibuat. Shopping pun sekejap je. Tak dapek beli cenderamata berdozen-dozen untuk kawan-kawan dan sanak saudara. Haha.

Gambar bawah ni muslimat JPM bersama muslimat RPI. Ukhuwah fillah abadan abada :D