Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Selasa, 18 Oktober 2011

Sihir..lagi?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kali ni info tentang sihir dari rancangan Selami Jiwa oleh Dato Fadzilah Kamsah di Astro Oasis.

Tanda-tanda sihir :
1. Mimpi buruk : bayi susukan bayi, anjing, ular, jatuh dari tempat tinggi dan lain-lain
2. Jantung berdebar-debar mendengar azan atau mendekati alim ulama
3. Emosi terganggu : sedih atau marah tak kena pada tempatnya atau sebabnya
4. Resah dan gelisah
5. Sakit kepala tak menentu
6. Sakit kepala selepas asar
7. Melengahkan waktu solat
8. Rasa diikuti bayang-bayang atau lembaga
9. Perempuan anti lelaki dan sebaliknya walaupun sudah berumur lebih 30 tahun
10. Bisa-bisa atau sakit badan
11. Susah tidur malam
12. Rasa sesuatu bergerak di bawah kulit
13. Suami dan isteri bergaduh atau bertengkar tanpa sebab

Rawatan :
Ruqyah :
Bersama zikir atau bacaan ayat-ayat Al-Quran
Bersama air zam-zam, dibaca ayat-ayat Al-Quran, dicampur dengan sedikit herba (yang digunakan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul seperti Habbatus Sauda)

Cara-cara menghindarkan sihir :
1. Banyakkan berzikir
2. Membaca Al-Quran secara konsisten
3. Memulakan apa-apa pekerjaan dengan "Bismillahirrahmanirrahim"
4. Mengamalkan bacaan Ayat Kursi
5. Membaca Surah Al-Baqarah ayat 285-286,
6. Mengamalkan bacaan "Bismillahillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiun fil ard wala fissamai wahuwassami'un'alim" yang bermaksud "Dengan nama Allah yang dengan namaNya terpeliharalah segala sesuatu yang di bumi dan juga di langit daripada sebarang bahaya. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
7. Sentiasa dalam keadaan berwuduk
8. Mengamalkan bacaan 3 Kul (Surah Al-Ikhlas, Surah al-Falaq, Surah An-Nas)

Elakkan :
1. Bunuh ular hitam yang masuk ke rumah. Cara menghalaunya : Ucapkan, dengan nama Allah, jika kau berniat tidak baik maka keluarlah dari rumah ini. Jika ular terus keluar, jin ler tu. Kalau ular tu buat tak tahu, ular betul la, bukan jelmaan. Jadi, bunuh ler.
2. Mendengar permainan seruling yang mengkhayalkan
3. Membuat maksiat
4. Membuang air kecil di merata-rata tempat

Semoga bermanfaat.
Sekian, wassalam.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Sihir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Aku nak berkongsi sedikit ilmu yang baru aku tahu. Aku menonton rancangan Semanis Kurma pada Khamis lalu, yakni pada 13 Okt. Topik yang akan dibincangkan pada malam itu menarik minat aku untuk menunggu di depan tv...

Kerana Sihir Rumahtangga Binasa...

Sejurus akad nikah, iblis akan berkata, "Wahai pasangan yang celaka, kamu telah terlepas dari genggaman aku".. Iblis sangat cemburukan manusia dan akan terus mengganggu manusia sehingga kiamat tiba.

Dalam kehidupan berumahtangga, ada satu jenis sihir yang mengganggu gugat pasangan suami isteri iaitu sihir pemisah. Melalui sihir ini, jin dihantar untuk mengganggu kebahagiaan pasangan.

Tanda-tanda sihir pemisah :

1) Pasangan bertengkar hanya kerana suatu perkara kecil
2) Pasangan berubah sikap, contohnya suami yang penyabar menjadi panas baran
3) Walaupun sedar menjadi mangsa sihir, pasangan rasa was-was hendak selesaikan masalah sihir
4) Menjerit semasa mendengar bacaan Surah al-Ikhlas
5) Apabila berjauhan, pasangan rasa rindu tetapi apabila bertemu, pergaduhan atau pertengkaran berlaku
6) Mangsa yang membaca Surah al-Baqarah ayat 102 (antara ayat yang terpanjang dalam al-Quran, menceritakan tentang sihir pemisah) rasa tak tenteram, serba tak kena

Perubatan Jarak Jauh (PJJ) yang disarankan :

1) Mengamalkan Solat-solat Sunat (Tahajud, Hajat, etc) pada 1/3 malam
2) Sentiasa membaca "Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a'ayun, wajaalna lill mutaqiina imama" yang bermaksud "Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah akmi pemimpin kepada orang yang bertakwa."

Info tambahan :

1) Iblis ada mesyuarat tahunan. Dalam mesyuarat ini, terdapat anugerah (darjah kebesaran) untuk iblis yang berjaya memisahkan hubungan suami isteri
2) Kewujudan sihir telah wujud sejak zaman Nabi Musa
3) Apabila berlaku lafaz talak, 'Arasy bergegar dan iblis adalah golongan pertama yang bersorak
4) Hukuman pancung sehingga mati adalah kaedah sebenar dalam Islam untuk menghukum golongan yang mengamalkan sihir
5) Kesan amalan sihir adalah amalan ibadah tidak diterima selama 40 hari
6) Pada peringkat awal rawatan sihir pemisah, pesakit akan rasa lemah tetapi kembali ceria selepas rawatan seterusnya
7 ) Sihir lain adalah sihir mahabbah iaitu sihir yang memudarkan rasa kasih sayang pasangan suami isteri

Semoga ilmu yang sedikit ini bermanfaat untuk semua :) Wassalam

p/s : Sama-samalah kita menjaga amalan ibadah kita agar dapat menghindarkan diri daripada perkara-perkara laknatullah.

Isnin, 3 Oktober 2011

Manusia dan masalah

Salam alaiyk..

Bila tiba musim peperiksaan, kebiasaannya mula lah kita rasa tertekan. Aura gabra nak jawab soalan masa peperiksaan tu dah mula singgah.

Tekanan hadapi peperiksaan dah beri beban besar, ditambah pula dengan masalah-masalah lain. Masalah cinta hati, masalah dengan kawan-kawan, masalah dengan keluarga, masalah dengan diri sendiri pun ada, serta masalah-masalah yg berkaitan..huuu

Mesti anda terfikir nak lepaskn diri dari masalah dengan cara yg paling mudah kan? Ops, bukan nak lepaskan diri tapi selesaikan masalah. Ada sesetengah orang, mereka lebih suka jauhkan diri dari punca masalah. Mereka sekadar memerhati dan dalam masa yang sama menilai atau muhasabah diri mencari jalan penyelesaian. Bila tiba masanya, mereka akan bertindak. Hm, tengok keadaan la kan, sama ada dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang masalah tu boleh diselesaikan. Kalau iman dalam diri ni nipis seperti sehelai kertas, memang bunuh diri tindakan awal ye tak? Alhamdulillah Allah SWT masih pelihara iman dan akidah kita :) Syukur..

Kehidupan kita sebagai manusia memang banyak dugaan dan ujian dari Allah SWT. Kita dah dilantik sebagai khalifah. Kenapa nk mempersoalkan ujian yg diterima? Ya, kita tidak cukup kuat untuk menghadapi semuanya. Tapi ingat! Allah SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

"Allah SWT tidak membebani  seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah:286)

Jadi, keluarga dan sahabat handai sekalian, kuatkan semangat, berserah kepada Allah SWT. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah SWT) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah SWT bersama dengan orang-orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah:153)