Hm, bila dah sampai hujung semester mula lah hati tak tenteram. Tanda peperiksaan akhir dah dekat! Selasa depan (20/09) adalah hari pertama aku menduduki peperiksaan. Tinggal lebih kurang dua hari je lagi tapi aku masih dalam keadaan selesa, menonton tv dan melayari internet *Facebook lah..apa lagi? ;p
Itu kehidupan aku sebagai pelajar universiti. Hidup aku sebagai perempuan? Agak berdebar-debar nak menghadapi peringkat di mana ada orang datang merisik, meminang. Ceh, aku dah berangan lebih ni. Haha. Calon pun belum ada. Bukannya apa, bila tengok kawan sekelas, sepupu sepapat, dan kenalan (ada yang lebih muda daripada aku) selamat bertunang, aku macam er, aa, uh, aku macam mana nanti? Ok, fikir kemudian. Tak ada maknanya seawal 20-an aku bertunang. Belajar entah ke mana, pengurusan diri entah macam mana nanti. Lupakan je lah. Next...!
Bila nak sambung belajar memandu, kak? Itu soalan wajib dari mak aku. Aiseh, aku tunggu masa yang panjang dan duit yang banyak (semestinya duit aku sendiri) untuk aku buat demikian. Tapi nampaknya akan pakai duit mak dan abah juga. Aku rasa macam tak berguna, dah mampu pakai duit sendiri untuk hal macam ni tapi masih berharap pada mak dan abah. Untuk sedapkan hati, aku selalu kata aku masih bawah tanggungan mak dan abah, tak apa lah pakai duit mak dan abah... Hmm, ikutkan aje. Kalau tunggu duit sendiri, memang dah jadi mak orang pun aku tak ada lesen kereta. Haha.
Semua orang pasti ada sesuatu yang diinginkan dalam hidup kan? Aku macam mana pula? Em, aku dah tinggalkan bidang fotografi sedikit demi sedikit, sejak aku jadi mantan Biro Publisiti dan Penerbitan persatuan di UiTM Melaka. Tapi aku masih belum melupakan impian nak beli kamera sendiri. Eh, abah ada beli satu kamera kompak masa aku sem dua atau sem tiga dulu. Thanks abah! :) Tapi sekarang kamera tu dah rosak, masalah bateri. Sepanjang aku 'bekerja' dalam persatuan, aku hanya meminjam kamera DSLR milik kawan-kawan. Jadi jurukamera kelas pun pinjam DSLR kawan :( Sekarang dah segan nak meminjam.. Jadi secara tak langsung aku 'meletak jawatan' dari bidang fotografi...
Konklusinya, aku cuba sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang sedia ada. Lunaskan apa yang penting, terutamanya tamat belajar. Selamat maju jaya untuk semua sahabat yang akan 'berperang' di dewan peperiksaan, bermula minggu depan!
0 comments:
Catat Ulasan