Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Kenapa tajuknya bahasa omputeh? Jeng3...Hehe
Sebenarnya itu tajuk sebuah buku. Aku baru baca tadi.. Baca sikit je. Nk kongsi info yg aku baca...
Debat Abu Hanifah dengan Ilmuwan Kafir
Ilmuwan Kafir (IK) : Pada tahun berapakah Tuhan kamu dilahirkan?
Abu Hanifah (AH) : Allah tak melahirkan & tak pula dilahirkan.
IK : Hmm, masuk akal jika dikatakan Allah tak melahirkan & dilahirkan. Lalu, pada tahun berapa Dia ada?
AH : Dia ada sebelum segala sesuatu ada.
IK : Boleh berikan contoh yg konkrit mengenai hal ini?
AH : Tuan tahu tentang perhitungan?
IK : Ya, saya tahu.
AH : Apakah angka sebelum angka satu?
IK : Tidak ada.
AH : Tidak ada angka lain yg mendahului angka satu. Lalu, mengapa Tuan berasa hairan bahawa Allah itu tidak ada sesuatu pun yg mendahuluiNya?
IK : Baiklah. Sekarang di mana Allah berada? Sesuatu yg wujud pasti memerlukan tempat, bukan?
AH : Tuan tahu bentuk susu?
IK : Ya, saya tahu.
AH : Apakah di dalam susu itu terdapat keju?
IK : Ya, sudah tentu.
AH : Kalau begitu, cuba tunjukkan di mana tempat keju itu sekarang?
IK : Jelas tidak ada tempat yg khusus. Keju itu bercampur dengan susu di seluruh bahagiannya.
AH : Sekarang, keju sahaja tak mempunyai tempat khusus di dalam susu. Tuan tak sepatutnya meminta saya untuk menunjukkan tempat di mana Allah berada.
IK : Tolong jelaskan Zat Allah. Apakah wujud Allah itu benda padat seperti batu, benda cair seperti susu atau seperti gas?
AH : Tuan pernah.....
Nak tahu jawapannya? Kena la beli buku ni. Hehe.
Penulis- Mohammad Zaka Ali Farisi
Penerbit- Kharisma Network Sdn Bhd
Pengedar- Ar-Risalah Products Sdn Bhd
Jadi, kesimpulannya kita perlu bijak memberi penjelasan kpd bukan Muslim agar Islam dilihat sbg agama yg BENAR dan satu-satunya agama yg DIREDHAI ALLAH SWT~
*Aku ni mcm ejen jual buku pula. Haha..
0 comments:
Catat Ulasan