Malangnya aku tak dapat sertai kesemua aktiviti sebab ada komitmen lain.
Tempat aku sama ada dalam bilik atau dalam kereta.
Sepatutnya kami adakan aktiviti melihat kelip-kelip pada Sabtu malam Ahad.
Tapi, dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
Selepas ceramah daripada Ustazah Kalthom (Penasihat JPM), kami (MT-MT JPM) adakan tayangan filem. Alahai..lupa tajuknya. Thanks to Hamzah (dia lagi??) sebab sudi tayang filem dari laptop dia. Hehehe. Tapi sangat seronok tengok sambil ber-barbeque :D
Malam tu aku jadi maintanence dibantu oleh Ibnor, Ghafar, dan adik-adik JPM.
Kami set up LCD Projector, laptop, dan semestinya tempat tayangan.
Ha, selesai tayangan pun kami sama-sama kemas tempat tu.
Kami selesai mengemas lebih kurang jam 1.30 pagi.
Tidur jam 2 pagi -.-
Aku ponteng qiam untuk kali yg kedua...
Nasib baik sempat bangun Subuh.
Tiba masa majlis penutup dan penyampaian hadiah.
Setiap kumpulan dapat hadiah.
Adil la tu kan? :)
Aku macam biasa, jadi photographer.
Masa rehearsal, aku seorang shj MT muslimat yg ada dalam dewan.
Aku bagi softcopy montaj pada Ibnor.
Tiba-tiba aku terasa berada dalam konsert.
Dengan penuh semangat mereka menyanyi lagu Gemuruh sambil menggerak-gerakkan badan dan tangan.
Rupa-rupanya berlatih untuk majlis penutup.
Aku sempat rakam :D
Biarlah disimpan sebagai kenangan. Cewahhh
Selepas majlis penutup, sekali lagi aku dikelilingi muslimin lain..
Tolong kemas apa-apa yang patut. *Rajin kan? Hehe :p
Aik? Muiiz dan Zarif Nordin pula buat persembahan percuma.
Layankan aje laaa
Mereka bernasyid dan aku merakam segalanya..
Konklusinya, aku sangat seronok dengan keluarga kedua aku ni.
Pasti aku akan merindui semuanya....
;')