Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Rabu, 9 Februari 2011

Cara-Cara Mengatasi Marah

1. Latih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, dan berhati-hati membuat keputusan.

2. Mohon perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan.

3. Berwuduk. Sesungguhnya, syaitan itu dijadikan daripada api. Dan api akan padam dengan mengambil wuduk.

4. Ingat balasan buruk yang akan menimpa orang yang mengikut nafsu amarahnya.

5. Ingat kepada kelebihan dan pahala yang diperoleh orang yang berjaya menahan amarahnya yakni disifatkan sebagai pahlawan yang berani.

6. Maafkan orang yang menjadi punca kemarahan kita.

7. Jika sedang berdiri, maka hendaklah duduk. Jika marahnya masih belum reda, hendaklah berbaring.

** Sumber: Majalah Solusi, 27

p/s : Mari sama2 kita amalkan! InsyaAllah...

0 comments: