Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Isnin, 24 Januari 2011

Kedai mamak pun bolehhh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.... Hye2!

Malam ni terasa seronok plak melepak dgn kawan2 sekelas- Maziah, Murni, Wawa dan Fatin. Lps hbs kelas Finance, Maziah tny aku blk mcm mana. Aku ckp tumpang kereta Kak Meshi. Aku tny la "Kenapa? Korg nk gi mkn kt Dimen ke?" Alang2 dorg nk lpk bdekatan rumah sewa aku, mmg aku join la kan. Hehe.

Lengang sikit mlm ni. Baru je duduk dah rasa nak belasah org. Mamat2 kat meja sebelah "sedekah" asap rokok. Wah3. Korg yg nk mati cepat, jgn lah "baik" sgt nk "sedekah". Aku rasa hairan lah. Remaja skrg ni dah diberi kesedaran ttg bahaya rokok tapi makin menjadi-jadi plak dorg hisap rokok. Sepanjang ktorg mkn, sedut asap rokok je lahh. Ya Allah, bukakn pintu hati dorg supaya tak memudaratkan lagi diri dorg & menganiaya org lain.

Sabtu, 22 Januari 2011

Hari2 yang aku lalui

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah hampir 3 minggu belajar di UiTM utk sesi Jan-Apr 2011, dan juga hampir 3 minggu berada di rumah sewa. Masa mula2 menyewa terasa agak susah a.k.a. mencabar fizikal & mental sebab harus berjalan kaki (padan muka kau ika! sepatutnya dah ada lesen kereta. haih~) ke kelas. Syukur ada juga kawan sekelas yang nak tumpangkan ke kelas/balik rumah (walaupun bukan selalu. terima kasih!)

Baru-baru ni aku dengar cerita dari kawan sekelas aku ttg Taman Dimensi (kwasan perumahan tempat aku menyewa). Timbul kes remaja perempuan dirogol. Nauzubillah... Bila aku beritahu aku biasa berjalan seorang diri ke kelas, mula lah kawan-kawan aku "berleter" (tu tandanya sayang aku! ecece. hehehe ♥ bersyukur ada kawan-kawan mcm dorg ni). Paling marah (marah-marah sayang gitu. haha) bila aku berjalan utk ke kelas pada waktu malam. Nak buat mcm mana kan, selagi aku boleh pergi sendiri, aku pergi je la. Aku tawakal. Aku berdoa ktorg serumah selamat tak kira ke mana kami pergi. Ok, cukup ttg perkara yang tak best ni. Nak beritahu ttg kakak-kakak serumah.

"Ish akak ni, tak nak lah. Akak btahu apa?"
"Kitorang ckp la sama-sama beli suratkhabar, sama-sama pakai cermin mata...hehehe"

Ha, apakah cerita di sebalik dialog tu? Nak habaq mai la ni. Kak Suziera, Kak Erma, & Kak Pah pakat nk kenalkan aku dengan kawan kelas dorg, Zul. Haha. Tak nak weh. Kak Laila, Kak Naim & Kak Surina jadi penyokong. Aduhai korg ni. Apa2 pun tutup je cerita ttg tu ye? :)

Hmm.. tiba2 rasa bosan dorg tak ada di rumah. Mesti korg balik lambat hari ni. Maklum la, pergi tgk wayang. Waaa! Nk gak tgk cerita Khurafat! Huuuu... Balik cpt! Balik sblm Naz tidur! :P

Selasa, 4 Januari 2011

Sewa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kawan2! Aku dah Part 4! Alhamdulillah. Hehe. Tinggal 1 tahun setengah lagi untuk tamatkan pembelajaran Diploma. Harap2 tak ada masalah untuk tamat dengan cemerlang. InsyaAllah, Amin...

Untuk sem ni, aku menyewa rumah. Agak murah. Alhamdulillah masih mampu bayar setiap bulan. 6 orang housemates aku adalah Part 6 Students dari Diploma Sains Kuantitatif (DQS). Tak ada masalah tinggal serumah dengan kakak2 ni. Keadaan rumah pun selesa. Terasa macam di rumah sendiri. Bagi dua sem seterusnya aku akan menyewa rumah yang sama, InsyaAllah. Mungkin dengan orang2 DQS juga tapi yang sebaya dengan aku lah. Ada juga geng muda mudi. Hahaha.

Ha, hari Ahad (020111) parents aku hantar ke Melaka. Mak & Abah banyak tolong kat rumah sewa aku. Beli kelengkapan dapur, bilik, && bersihkan semak kat belakang rumah. Terima kasih! Muah2! Hehe

Ok la, rasanya itu sahaja yang best setakat ni.

Salam sayang (cewahh :P) dari NZS

♥ ♥ ♥