Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Ahad, 30 Mei 2010

Sabtu 29hb Mei 2010

Bismillah...
Hari ni ada kenduri kahwin di Tanjung Malim, Perak.
6.23am-Aku bangun solat subuh. Aku kemas beg. Brg2 yg perlu ada, taraaaaa!


10.05am-Bertolak. Dua kereta. Abah (memandu), Mak & Ila satu kereta. Aku naik dgn Murnie & Ayah Mat (pakcik), Abang memandu.

Ni gambar Abang & Ayah Mat. Kereta depan tu, kereta Abah.

Abah singgah di Esso. Beli 4 botol 100plus. Sedap2! Hehe.

Selepas dua jam, 11.35am sampai di rumah kenduri.

Rupa2-nya rumah kenduri di Proton City. Tempat yg cantik.

Dari kiri : Ayah Mat, saudara belah Mak (tak tahu nama. hee), Abah.
Ni betul2 baru smpai di khemah kenduri.

12.00pm-Duduk2 &&& Makan time! Hehe. Tp gmbar ms mkn tak ada lahhh. Sibuk makan. Hehe.


Ila

Abang & Abah

Mak

Murnie

Bila Mak dapat jumpa sepupu sepapat.....

Lepas makan, aku bosan. Tak tahu nk buat apa lahh. Ajak Murnie jalan2. Mak & Abah bersembang dgn saudara kami.

Besar juga Proton City. Tempat sungguh cantikkkk. Tapi tak ada lah gmbr persekitaran tu. Masa jalan2, cuaca panas. Sempat ambil gambar masjid je. Masjid ni atas bukit, bhampiran rumah kenduri.

Masjid At-Taqwa
Proton City

Dah penat berjalan, kami masuk rumah nak tgk pelamin & pengantin.

Pelamin pengantin. Cantik tak?

Selamat Pengantin Baru
Faisal & Aqilah
29hb Mei 2010
15 Jamadil Akhir 1431
:DD
Semoga bahagia hingga akhir hayat

Sebenarnya, semasa tunggu pengantin tiba, kami bermain dgn budak2. Comel2 belaka.

Arisya (maaf kalau slah eja) namanya. Byk gmbr dia.
Tp yg ni betul2 dia pandang kamera.
Comel (:

Ala, tak tny pula nama dia.
Dia ni aktif. Berjalan ke sana ke mari.
Bila dia berhenti, minta pandang kamera.
Ni lah hasilnya.
:))
Comellll

Dah makan, dah jumpa saudara mara, dah tengok pengantin bersanding.

13.45pm- usai solat Zuhur, duduk2 sekejap dgn saudara mara (ramai pakcik2 & makcik2 je. tak jumpa sgt yg muda2). Lepas sembang2 & bersalaman, minta diri nk balik. Akhirnya! Balik!!! Hehehehe. Tapi,...

Abah & Abang singgah Saujana Rawang. Alaaaaa, penat! Nk balik cepat! Mereka lihat2 rumah siapa tah. Ada urusan kerja la tu. Di sini, hujan turun. Bosannya. Tik tok tik tok. Urghh, bila mahu balik?? Takpe lah, tidur dulu. Bestnya tidur dlm kereta.

16.15pm- Yay!! Makan di Jejantas Sungai Buloh. Tak dpt balik awal tp mkn di sini. Ok juga.

Ila, Mak & Abah

Murnie

Abang

Lepas makan, kami shopping! Hehe. Pergi Jaya Jusco Wangsa Maju, Bata Taman Permata & Taman Melawati.

19.50pm- Alhamdulillah. Tiba di rumah.

Jumaat, 28 Mei 2010

Bantulah hambaMu ini Ya Rabbul Izzati

Kuatkan aku Ya Allah.

Resah dan gelisah di hati masih bersisa.

Sudah aku cuba menghapuskan semua.

Tapi apakan daya.

Aku serahkan semua padaMu Tuhan yg Maha Kuasa.

Khamis, 27 Mei 2010

Hayatilah

EdCoustic-Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

EdCoustic-Aku Ingin Mencintai-Mu Setulusnya


Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Far East & Nassir Wahab-Melakar Cinta Di Pintu Syurga


Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintaku dipintu syurga

Rabu, 26 Mei 2010

Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yg telah Engkau limpahkan kepadaku dan kpd org tuaku, dan agar aku dpt berbuat kebajikan yg Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yg akan mengalir sampai kpd anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kpd Engkau, dan sungguh, aku dr kalangan org muslim. (Surah Al-Ahqaf:15)

Selasa, 25 Mei 2010

Lain?

Ada seorang sahabat ckp aku ni lain. Berpakaian spt pensyarah. Haha. Yeke? Dia ckp cr jalan, beg yg aku bw & pakaian aku mbezakan aku dgn students lain. Dr jauh dia dpt cam aku.

Tiba2 aku teringat masa kem pengawas dulu. Ada satu mlm aku otw ke mn tah, ada student bg salam. Eh, Bagus la tu kn? Tp dia ckp,

"Assalamualaikum cikgu"

Aku sekadar angguk kepala dan jwb Waalaikumussalam sambil senyum. Then tergelak sorang2. Haha. Dah mcm ckgu ke aku ni? Ms tu aku bjubah seluar. Hmm. Beza ke dgn other students?

Tp tak kisah lah. Shbt aku ckp,

"Kalau sekadar nk mdoakan apa slhnya. Tak betul pun takpe lah. Kn bgus andai satu hari nnt jd pensyarah. At least jd cikgu? Sape tau kan?"

Betul la tu. Doa yg baik2 kn bagus. Terima kasih shbt (:

Ahad, 23 Mei 2010

Proses

*Petikan daripada Buku Jejak Bisnes Rasul

Menurut Al-Quran, kebanyakan tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah SWT dinyatakan dalam bentuk proses yang amat halus, teratur dan penuh kebijaksanaan serta melambangkan kualiti dan kehebatan kepada manusia.

Antara buktinya:

1. Proses Percambahan Buah-buahan
Allah menjelaskan proses itu berlaku drpd penurunan hujan kpd penghasilan benih-benih yg baik kpd percambahan daun-daun muda dan akhirnya mengeluarkan buah-buahan yg berkhasiat utk menjadi santapan hidupan di bumi. (Surah Al-An'am: ayat 99).
Dijelaskan juga dalam Surah an-Nahl: ayat 11 dan 65.

2. Proses Kejadian Manusia
Di dalam Surah Al-Mukminun, ayat 13-14 terdapat perincian berkenaan proses persenyawaan antara ovum dan sperma sehingga kpd pembentukan bayi yg sempurna.
Terdapat juga dlm Surah an-Najm: ayat 45 dan 46.

3. Proses Kelahiran Nabi Isa
Allah menerangkan kpd manusia bagaimana proses kelahiran Nabi Isa tanpa melalui proses yg normal iaitu dgn meniupkan roh ke dlm rahim ibunya Maryam. (Surah al-Anbiya': ayat 91)
Rujuk juga Surah al-Mukminun: ayat 50)

p/s: sekadar mahu menyampaikan (: dan memperingati kebesaran Allah SWT.

Muhammad Bin Abdullah

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh ikutan yang baik bagimu" (Surah al-Ahzab:21)

Kelebihan berselawat:

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, sesiapa yg berselawat ke atas baginda, Allah berselawat ke atas org yg berselawat ke atas baginda sebanyak 10 kali pula.

Berselawat bermaksud mendoakan kebaikan. Ini bermakna Allah memberikan 10 kebaikan apabila sekali kita mendoakan kebaikan kpd Nabi Muhammad SAW.

Subhanallah.

Sabtu, 22 Mei 2010

Devotees-Ku Damba RedhaMu

Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhamu.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya...

Rap:
Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan

Runsing

Apa sebenarnya perasaan aku skrg? Bila dia takde, aku nk mencari tp aku tak mencari. Biarlah dia yg mulakan semula segalanya. Aku tak pernah knl dia, begitu juga sebaliknya.

Ya Allah, begitu runsing aku memikirkan hal ini. Hanya kpd-Mu aku memohon. Aku tak mahu tersilap perhitungan. Aku tak mahu tersalah langkah. Bantulah hamba-Mu yg lemah ini. Amin~

Maaf

Manusia sering melakukan kekhilafan. Lantas, meminta maaf. Dan terus melakukan perbuatan yg sm berulangkali. Sedar atau tidak perbuatan itu sgt menyakitkan hati.

Maaf. Maafkn salah dan silap diri ini.

Jumaat, 21 Mei 2010

Imran Haaz

Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-5137-64-8
Tarikh Terbit: 18 Feb 2010
Jumlah Muka Surat : 386

Kategori: Islam, Novel Dewasa, Novel Islami

PTS Islamika Sdn Bhd

Novel ini ibarat sebuah buku ilmiah yang sgt memberi manfaat. Begitu byk persoalan berkaitan agama suci kita, Islam yg dpt dirungkaikan. Tnylah apa shj, jwpnnya akan ditemukan dlm sebuah kitab agung yakni Al-Quran Kalamullah.
Novel ini mengisahkan seorang wanita Islam bernama Rini yg mengalami konflik kepercayaan dlm dirinya. Dia mengambil langkah yg salah utk menyelesaikn segala masalah yg dihadapi. Dia tidak mempercayai kewujudan Allah SWT. Bahkn dia menganggap tuhan tidak adil kpdnya krn tidak mengkabulkan doanya. Oleh itu dia mempersoalkn kewujudan tuhan dan kebaikan Islam. Segala kekeliruan dan persoalan diajukan kpd sahabat yg bru dikenali iaitu Nizam.
Apa yg ditanya? Bc shj novel Syahadah Gadis Ateis.

Penulis sgt bijak dlm membuat perumpamaan utk mengaitkan isu agama dgn isu semasa dlm masyarakat.

Syabas diucapkn. Tak rugi rasanya beli novel ni. Penulis secara tidak lgsung mengingatkn kita ttg pentingnya utk kita "menerokai" Al-Quran yg mampu membantu kita menjalani kehidupan seharian dan menjwab semua persoalan serta masalah2 yg kecil hingga besar.

Wasalam :DD

p/s: ini hnylah pndpt shj.

Khamis, 20 Mei 2010

Terkenangkan mereka







teringat saat2, minit2, jam2, dan hari2 melepak dgn shbt2 jpm. rindu ow! (':
melepak lah lm2 asalkn syariat tak dilupakan :) solat & batas pergaulan masih dijaga. ALHAMDULILLAH :DD

Bowling Time!

5.23ptg-Nad, Syuk n Mirul smpai kat uma aku. Syuk drive kete dia. Nk gi wangsa walk. Hmm, boling lagi. Last min nad called ajk main boling. Alang2 aku dah bsn sgt, ikut je la. Mak tak tau aku nk gi mn. Hee, ske2 je aku kluar. Mirul tak ikut ade hal. Gi amek Syed kat uma dia then hntr mirul blk. Berempat je main boling.
Dkt2 kul 6 smpai Wangsa Bowl. Halamak! Ramainye manusia ptg2 ni!! Kne la menunggu. Lama ow! Aku dah mula risau. Cnfrm blk mlm. Klu dpt awl dpt ler blk at least sblm mgrib. Duhh, nnt tak psl2 blk je mak bsg. Pantang aku blk mlm!
Dkt kul 7 kot br dpt lane. Btambah la kerisauan aku. Nk blk ms tu tak boleh, aku menumpang je. Ikut je laaa.
Hbt si syuk main! Dia mng. 2nd aku, 3rd syed, 4th nad. Kali ni terer lak aku main. Hahaha. Tapi 84 je. Heee. Tinggi la nk dibandingkn sblm ni.
Usai solat mgrb, lpk kat georgetown white coffee (betul ke? haha, lpe. tak bese tmpt2 cmni) Nad belanja minum. Ape lagi? Aku minum lemon tea n mkn penang char kuey teow. Nad minum air longan. Syuk n syed tak minum pape. Borak2 jap smbil tgu aku hbs mkn.
Then gi kfc giant tmn pmta. Nad nk belanja gak tp semua tak nak. Aku kenyang. Dorg bdua tak taula knp tak nk. Sblm tu syed tmn aku bli brg. aku dah lm nk beli anlene. Mlm ni bru dpt. Haha. Kempunan nk minum susu.
8.30mlm-Balik~~
Syuk hntr nad then aku. Tinggal lah dia n syed bdua dlm kete. Huhu.

Selasa, 18 Mei 2010

Selamat Hari Lahir Mak!

49thun? Yup, hari ni 18 Mei 2010 mak berusia 49 tahun. Alhamdulillah. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Menyambut Hari Guru!

Saya nak mengucapkan selamat hari guru terutamanya kpd guru2 TABIKA KEMAS Hulu Kelang, Sekolah Agama Rakyat Maarif Ad-Diniyyah, Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang & Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat. Terima kasih. Jasa anda dikenang (':

Terima kasih juga atas didikan pensyarah-pensyarah di Universiti Teknologi MARA, Alor Gajah, Melaka :D

Semoga keberkatan ilmu dari kalian sentiasa menemani saya dalam pelajaran dan hidup saya.

Hanya Allah SWT dapat membalas jasa2 kalian.

Rabu, 12 Mei 2010

Ada tak perkara yg lbh seronok selain dr...

1. Makan?
2. Tonton tv?
3. Tidur siang?
4. Online?
5. Baca novel?

Dah bosan buat semua tu sepanjang hampir seminggu di rumah.

Kawan2, jom lah melepak...............

Tips elak Histeria: Haron Din saran amal Muawizat

Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.
Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.
Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.
Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria.
Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.
"Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
"Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula.
"Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.
'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain
Ini menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.
"Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.
Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."
Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.
Jangan tinggal solat
"Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.
Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong.
"Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis,katanya - azm
(Interbiu dengan Dato' Haron Din berhubung kes histeria ini dibuat dua tahun lalu, sekadar panduan dan rujukan kepada yang terlibat dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya- wallahualam)
(Sekiranya ada sebarang kritikan dan pandangan, sila majukan kepada saya di azaminamin@yahoo.com)

Khamis, 6 Mei 2010

:DD

Hatiku gumbira! Berbunga riang! hahahahahahahahaha.

I'm happy 4 u my friend (: Semoga berbahagia selalu. Semoga cinta yg akan dipupuk n disemai dibajai dgn cinta kepada Allah SWT. Amin :)

Today is my last paper. Yahoooo!
Bismillah. Ya ALLAH, permudahkan aku utk menjawab soalan2 exm dgn tenang. Aminnnnnn.
InsyaAllah ptg esk balik rumah. Hoyeah!

:DDDDD

Selasa, 4 Mei 2010

Terima kasih ye Abg Hafizzuddin!

Bercouple Bukan Budaya Mukmin Yang Beriman
BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara Salingmengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan? CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA;
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).
Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)
ALLAH berfirman;
Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)
Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.
1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

2.Menutup Aurat; ALLAH berfirman;
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)


Hukum Bercouple SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?


Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau;
"Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya."

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau;
"Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya."

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau;
"Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan."

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.


Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah. Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

Knp???

Ya Allah, knp malas sgt nk belajar ni? Last paper khamis ni. Belum hbs belajar tp gaya mcm takde paper. Mcm dah merdeka.

Pesanan utk diri sendiri (:
Ingat2 ler cik kak oiii. Costing susah. Rajin2 ler blajo.

Apa kisah sebenar?

"Kami tak nak kamu semua alami apa yg kami alami dulu" Lebih kurg mcm tu lah apa yg Kak Jun n Abg Iqbal ckp mlm td semasa sahabat2 JPM berkumpul di dewan mkn Syahbandar.
Apa sebenarnya msalah yg mereka hadapi dlu? Ptg ni aku n sahabat, Wanie akn tanya pd Abg Iqbal. Seboleh2nya biarlah segala perkara jelas. Kami sendiri tak nak perkara tak baik berulang.

Isnin, 3 Mei 2010

di Laksamana

Bersama-sama sahabat2 JPM menghabiskan waktu petang di dewan makan. Sambil online, ktorg sembang2. Sambil sembang2 ktorg mkn2. Dapat mkn free wo! Pau pun pau ler. Rezeki jgn ditolak. Eh, bak kata Abg Hafizzuddin, kalau tak tolak tak masuk mulut. Ah, pape je la. Yg penting org belanja. Tgh pokai ni. Abah! Nak duit. Muahahahaha. Ni lah anak Suhaimi. Takde duit bru sebok cr abah. Hehehe.
Jom2! Sape2 nk lepak kat syahbandar mlm ni, moh ler! Jumpa di sana!!!! v(^_^)

Some Pics at MITC n Pengkalan Balak





Ahad, 2 Mei 2010

Bersama ahli2 keluarga JPM (:

Best wo! Smlm gi main boling kat MIBC. MIBC tu ape? Malacca International Bowling Centre la. Besar tmpt ni. Dah nm international centre en. Smlm kali kedua aku main boling. Ni sume gara2 ahli2 keluarga JPM aka Jawatankuasa Penggerak Masjid.
1st time main lepas msk2 n mkn2 kat uma Ustzh Khalthom kat Durian Tunggal. Masing2 tak nak blk awal. Pe lagi, bowling time! Usai solat, bc yasin, mkn n bgmbr, ktrg trus grk gi MIBC. Sbnrnye tak nak main. Tp smpai je kat sn, Abg Iqbal (mantan amir jpm) mntk kad matriks utk dpt potongan byrn main. "Eh, naz tak nak main lah. Korg je la yg main. Naz nk tgk. Ha, naz leh amek gmbr korg! (smbil tnjuk kamera)" "Aip, mn boleh naz, dah dtg sini kne main. Mntk sini kad matrik kamu." Aku dgn keadaan terpaksa rela dgn kehendak dia.
Sblm ni ade gk member ajk main, tp tak teringin lgsg. Aku tgk je dorg main. Mcm2 alasan aku bg. Mls lah, tak minat lah. Skrg ni, hamek kau. Mcm nk main hari2 je. Haha.
1st time main aku strike skali. Woho! Gumbira! Smlm skali pun tak strike. Aku sebok snap gmbr. Maklum lah, ble dah jmp kamera mmg tak ingat bnda lain. Hehe v^_^ Hmm, nk kamera sndri. Tak syok sgt la asek pkai kamera org lain je. Mak Abah, nk dslr plizzzzz....
Kali ni, mknenya smlm, Imam yg ajk ktrg. Pergh, hbt ow Imam main. 100 lbh dia dpt.
Aku ni plak mcm nak tak nak je main. Keje aku amek gmbr. Smpai turn aku, bru la aku ltk tepi kamera. Hbs turn terus terkam kamera. Hehe. Aku photographer yg tak bertauliah. Haha. Snap gmbr adalah kepuasan utk aku. Mcm2 kerenah aku dpt snap. Ade yg seronok, ade yg stress sbb ade exam, n ade yg sebok berfacebooking. Haha. Yg penting ktrg dpt eratkan ukhuwah sesama ahli. Plg best dpt main dgn anak Imam. Abdul Hadi yg comel (:
Mcm biasa, dah nk blk mst bergambar. Dr dlm smpai lah luar tmpt boling tu. Tp aku tak jd photographer. Haruslah Abg Iqbal n Apan. Dorg dah pro.
Dah msuk zohor aka wktu mkn tghri. Masing2 dah lapo. Ktrg ke mydin bdekatan. RFC! Nyam2. Ktrg solat dl. Then msg2 menikmati lunch. Mkn ramai2 mmg best. Hbs mkn aku mntk kamera dr Shah (kamera dia lah jd mgsa aku nk snap gmbr spnjg sem ni. Tq! hee). Mle2 amek ms dorg nga mkn. Pas tu ngengada lak nk jaln2. Aku meryau kt dlm mydin tu tp tak tau nk snap ape. Tah hape la. Haha. Ha, ade Apan. "Apan, ajr la cne nk amek gmbr kat tmpt cmni. Nk setting yg cne?" Dia set ape tah, aku suh dia lompat2. Gmbr cantekkk! Aku ske! Thanks Apan! :DD
Lps hbs mkn, bgmbr lagi. Kali ni aku amek gmbr. Dorg dah mcm duta RFC sbb bdiri blatarblkgkn logo RFC. Takpe2, tu tandanye menyokong biz bumiputra. Radix Fried Chicken sedap! Halal, Fresh and Organic!
Sblm keluar dr mydin ktrg singgah satu lot kedai. Tp bkn org jual brg. Kat sini ade org2 dr mn tah buat pameran ttg penderitaan rakyat palestin. Sedih tgk gmbr2 kanak2 cedera. Teruk sgt kecederaan dorg. Smoga Allah bg rahmat n lindungi palestin. Aminnn. Ade gak pemeriksaan kesihatan. Ade lah beberapa org yg wt checkup. Ms tu aku merayau je. Pny lah lm dorg kat tmpt palestin ni. Aku naik jemu pusing mydin sorg2. Ktrg bkumpul kt pintu msuk. Nk tentukan sp yg nk blk kampus n nk ikut gi Pengkalan Balak. Kak Jun, Kak Faz, Abg Shafiq n Abg Azarul blk kampus. Imam, Isteri n Hadi dh blk lps ktrg hbs mkn. Yg lain ikut gi pantai.
Smpai pantai, ktrg solat Asar. Lps tu minum air kelapa. Sedapppp. Fresh je. Smpat gak Abg Hafizzuddin, Apan n Alyas karaoke. "Merdu" je. Hahaha. Boleh tahan la. Sblm blk ktrg lepak n jalan2 tepi pantai smbil menikmati keindahan ciptaan Allah. 7 lbh ktrg bertolak blk kampus. Seronoknye berjalan2.