Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kau Idamanku!

Ya Allah! Skrg kau berada di depan aku! Sungguh tak ku sangka! Kalau mak n abah ada, harap2 mereka tak kisah sbb memang dah lama aku nakkan dia. Aku sangat teruja. Rasa tak percaya apa yang aku lihat. Oh sayang, sudilah kiranya kau jadi milikku. Sudah tentu aku bahagia bersamamu.


Wahai NIKON D3100...hehehehehe

Inilah butiran peribadi si dia.

RM2180(kalau tak silap) include:

4GBx2

Tripod

Travel Kit

Bag


Tak sabar2nya nak dapatkan dia.

Rabu, 20 Oktober 2010

Done! :D

Alhamdulillah, assignment dah siap!

Thanks to Ayeen & Leen!

Last minute dsiapkan.

Masing2 dah penat, mengantuk.

Mahu tidur!

:))

Isnin, 11 Oktober 2010

Ya atau Tidak?

Assalamualaikum doktor.

Waalaikumussalam. Kamu kenapa?

Saya nak buat check-up je.

Apa masalahnya?

Kepala saya selalu berdenyut, biasanya bahagian kiri. Ada apa2 makna ke? Migrain ke? Saya agak risau ni sebab mak saya pun migrain, mana lah tau kena kat saya plak. Saya just fikir sakit kepla biasa.

Migrain la tu. Sebenarnya sakit kepala yg mcm tu, berdenyut-denyut mmg migrain, tak kira la bhgn mana pun, kiri, kanan, belakang atau seluruh kepala. Kita je yg ckp sakit kepala. Migrain tu dlm bahasa latin.

Oh, terima kasih doktor.

Itulah antara perbualan aku dengan doktor di Unit Kesihatan UiTM.
Sakit aku ni aku redha je.
Aku berserah pada Allah SWT.

Khamis, 7 Oktober 2010

Chapter One





Hasil2 aku captured gambar guna DSLR (model ape tah. lupa. hehe)
Aku masih dalam proses belajar. Sila beri tunjuk ajar. Tunjuk ajarku sifu! Haha.

Rabu, 6 Oktober 2010

Cinta? Suka? Atau Sayang?

Malam yang dingin agak menenangkan jiwa. Sambil membuat latihan, aku mendengar siaran radio IKIM.fm. Deejay radio berbicara tentang cinta. Terlintas di fikiran aku, "Cinta? Hm, apa itu cinta?" Seakan-akan mendengar bisikan hati aku, deejay radio terus berkata,

Perasaan cinta tak hadir sebarangan kerana ia sgt istimewa. Cinta adalah sebuah hadiah/anugerah dari Allah. Dalam hal cinta, perumpamaannya adalah apabila sesiapa yang menerima hadiah pasti lebih menghargai pemberi hadiah berbanding hadiah tsebut. Ini bermakna, cinta yang dikurniakan oleh Allah boleh dihargai akan tetapi hargailah Pemberi cinta, jgn terlalu taksub dgn "hadiah cinta" (org yg dicintai) dariNya.


Apabila difikirkan (sambil berangan sdg bercinta. hehehe), memang betul perumpamaan tu. Tapi, sekarang ni orang yang bercinta bukannya mengutamakan 'pemberi hadiah' tapi mengagungkan 'hadiah'.

Tetapi fenomena remaja sekarang, mereka lebih gemar mengagungkan kekasih daripada mengingati Allah.


Pada pendapat aku, cinta akan disalah tafsir dan ada segelintir yang menganggap bercinta dalah sesuatu yang tidak baik.


Aku ingin bercinta.

Ya Allah, izinkan aku memiliki cintaMu.
Kekalkan rasa cintaku pada keluargaku.
Izinkan aku merasai cinta lelaki yang taat padaMu.

Sekarang aku tertanya-tanya, adakah perasaan tak tenteram ni satu perasaan ingin memiliki. Maksud aku, ingin bercinta dan bernikah. Tapi, tak terlalu awal ke? Dan lagi satu, tah2 aku yang syok sendiri. Hahaha.

Apa2 pun, cinta, suka dan sayang lah sesiapa tapi jangan lupa pada yang mencipta perasaan2 yang indah itu.

p/s: Semua ni peringatan untuk diri sendiri. Aku hampir alpa memikirkan hal si dia yang belum tentu milik aku. Tawakal & redha. Selalu berdoa ditemukan jodoh yang baik, soleh.