Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Selasa, 31 Ogos 2010

Dah 53 tahun

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 tahun

Semoga Malaysia terus maju seiring dengan syariah Islam

Jumaat, 13 Ogos 2010

Pengalaman mengajar kita erti kehidupan.
Kehidupan mengajar kita erti mencari kawan sebenar.
Kawan mengajar kita erti kesusahan dan kesenangan.
Kesusahan dan kesenangan mengajar kita cara mengenal Tuhan.

Semoga kita tidak melupakan-Nya, Allah SWT.


Sabtu, 7 Ogos 2010

Final Akademi Al-Quran (AQ)

Bismillahirrahmanirrahim...

Pengalaman yg agak menarik. Dapat menyaksikan secara langsung(live) program AQ. Bersama rombongan Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) UiTM, Alor Gajah, Melaka. Naik dua buah bas. Agak ramai ahli yg ikut. Bagus3. Itu yg kita nak. Hehehe.



Waktu bertolak dari UiTM:-1830pm
Tiba di PICC:-2045pm
Waktu tiba di UiTM (pulang):-0230am

0830am ada kelas ganti cuti raya. Adehhhh. Sangat mengantuk dalam kelas. Ikutkan hati, maleh nk masuk kelas. Tp aku budak baik. Haruslah tak ponteng. :P

Dan sekarang..., aku ngadap lappy je la. Hehehehehe. Online..........


Isnin, 2 Ogos 2010

PC Fair

Bismillahirrahmanirrahim...

PC Fair!!!

I've been waiting for a long time!

At last, dapat pergi semalam. Di MITC. Agak ramai pengunjung yang datang. Barang2 yang aku beli:

1. Kingston Pendrive 4GB-RM23
2. Kingston Pendrive 8GB-RM42
3. External Hard Disk (Buffalo) 320GB-RM160
4. MP5 Player (SkyBlue) 4GB-RM185

Barang aku, hard disk shj. Pendrives adik2 aku pny. MP5 Player abang aku pny.

Upcoming PC Fair, i wanna purchase a camera!!!

Kursus Kahwin :O

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, aku dah selesai menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam. Kursus telah diadakan pada 31/7/10-1/8/10 (Sabtu & Ahad) di Dewan Kuliah 1, UiTM KAG, Melaka.

Banyak input yang diterima. Bagus lah ada kursus mcm ni. InsyaAllah dapat membantu semasa menjalani alam berumahtangga.

Sebelum kursus, aku fikir perkahwinan mudah dijaga asalkan ada komunikasi dua hala dan pasangan saling memahami. Rupa2nya tak semudah yang disangka. Penceramah2 mengulangi kisah masalah rumahtangga yang berlaku. Aku jadi gerun. Aku berdoa agar aku tak menghadapi masalah besar kelak. Amin...

Dengan berbekalkan ilmu dan sijil dari kursus tu, aku dah boleh nikah. Hahaha. Tapi,

persoalannya sekarang...

SUDAHKAH AKU BERSEDIA???