Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Rabu, 2 Jun 2010

Hanya mampu berdoa

Aku hampir menitiskan air mata melihatnya. Walaupun kejadian itu tidak berlaku di depan mataku sendiri. Benar, aku hampir menangis. Aku hampir menangis apabila memikirkan nasib keluarga mereka kelak. Dapatkah keluarga mereka menerima perkara yang tidak diingini berlaku? Ku hanya mampu berdoa agar mereka tabah mengharungi apa jua dugaan Allah SWT.

Perasaan sedih dan marah bercampur-baur. Sangat kejam! Sangat tidak adil! Sangat tidak berperikemanusiaan! Ke mana hilangnya perikemanusiaan? Adakah mereka sudah tidak ada hati dan perasaan?? Oh, masih ada. Tetapi sudah dikotori, sudah dicemari. Ku hanya mampu berdoa agar mereka menerima hidayah dan taufik-Mu, Ya Rabb.

Tidak wajar mereka diperlakukan begitu. Apa salah mereka?? Mereka hanya mahu membantu, tiada sedikit pun niat jahat. Alhamdulillah, hati mereka tidak dicemari, tidak dikotori. Masih bersih untuk melakukan amal kebajikan. Tetapi ada yang tidak puas hati, mengambil kesempatan atas kekurangan. Ku hanya mampu berdoa agar mereka dikuatkan 'azam, semangat, dan iman untuk terus berjuang di jalan-Nya.

Sungguh pengecut! Menyerang tatkala sasaran tidak bersenjata dan berada dalam keadaan tidak sedar. Adakah itu perjuangan yang sangat dibanggakan dan diagungkan? Ku hanya mampu berdoa agar mereka menerima azab-Mu yang paling besar Ya Allah.

Ya Allah, peliharalah semua sukarelawan yang sanggup berjuang di jalan-Mu. Turunkan azab-Mu kepada Israel. Tunjukkan kekuasaan-Mu Tuhan. Aku bersujud pada-Mu, aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa...

Amin Ya Rabbal Alamin.

Untukmu PALESTIN
-LL4G-

2 comments:

Zinedine Zaiddin berkata...

Long Live Gaza!!

Nazatul Zulaika Suhaimi berkata...

Semoga terus dipelihara dr kekejaman israel