Untukmu Wanita

"Wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah SWT, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda. Oleh itu, sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismillah...''

Sahabat

Ahad, 27 Jun 2010

Oh MDS

Pada pagi 21hb Jun 2010, aku tiba di UiTM Melaka. Aku brjumpa dengan Wanie, Kak Cla, Kak Leyla & beberapa org PM. Aku minta izin utk tinggalkan brg2 di bilik Wanie. Lbh kurg 9.30pg, kami mendaftar di HEP. Pada waktu tu, ramai juga yg dtg mendaftar.

Kecewa. Sangat kecewa apabila Encik Baharim (Timbalan Pengarah HEPA) ckp pelajar2 yg ambil orientasi tidak dibenarkan pergi sendiri ke Asahan (lokasi kursus PM). Wanie & Kak Cla adalah antara pelajar yg terlibat. Pada esok hari Wanie ada exam. Dlm ms yg sm, PM2 lain dah ada di Asahan. Oleh kerana terlalu ingin menyertai kursus tu, mereka berjumpa Encik Baharim. Alhamdulillah, dapat pergi. Kena lah tanggung semuanya sendiri. Duit minyak, keselamatan & lain2.

12.00 tgh kami (aku, safwan, syahin, shah, & lain2) berkumpul di tempat menunggu bas. Sblm tu kami lunch di Lendu Food Court (depan kampus). dengan penuh semangat kami masuk bas yg paling hadapan. punya lah lama menunggu, kami diminta mkn dahulu. adehh. dah mkn lah. mst ada yg blm mkn. kami pun lpk2 kat kafe. minum2 sje. kak thira belanja. hehehe. aku mcm biasa minum 100plus. fav beverage tu. hehe.

lbh kurg sejam lebih lps lepak2, kami bertolak. it was the first time to asahan. agk excited. dlm bas kami memekak. paling byk gelak dah tentu kami yg duduk paling belakang. aku tidur sekejap2 je. mata asyik melilau kiri kanan. agak jauh asahan. wanie ada beritahu, asahan dkt dgn gunung ledang. bertambah excited lah aku. hehe. bbrp minit sblm smpai di asahan, dua buah bas berhenti di kedai mkn. lupa plak di mn. bas yg berhenti singgah termasuk lah bas yg kami naik. aku dah bsn & pnt dlm bas. lpk2 jap dgn kak laila & kak fathin sementara tunggu air yg diorder siap.

sebaik sampai di hadapan kem asahan, subhanallah! cantiknya pemandangan! gunung ledang mmg dkt. hmm, nnt ade jungle trekking. tah2 daki kaki bkt gunung ledang. yay! best2!

kami semua berkumpul dgr taklimat dlm dewan. setelah itu, solat zohor. dah kemas2 beg, kami letak dlm dewan. utk sementara waktu shj. pihak urusetia masih blm tentukan bilik kami semua.

haish. panas lah. cne nk berjungle-trekking ni. larat ke. adehhh. hrp2 kuat. ha! beg aku dijadi stor simpanan bergerak. haha. beg aku penuh dgn hps n beg duit. tak padan dgn kecik, aku sumbat je semua. hehe. agk berat n leceh la nk bgerak. hmm, jungle-trekking sgt best. dpt tau mcm2. jumpa pokok kacip fatimah n pokok ape lagi tah. lupa plak. untung masuk hutan. dpt tgk keindahan ciptaan Allah selain menimba ilmu alam. heh. paling seronok, kami semua lalui sempadan johor-melaka & negeri 9-melaka. dalam masa lbh kurg 3 jam, dah masuk 3 negeri. pengalaman yg sgt menarik bagi aku. malangnye takde kamera utk rakam segala yg berlaku. aku pasrah je la. :P

3 hari di asahan, byk pengalaman yg menarik. :)

kursus pm diteruskan di kampus. agak letih. tp seronok sbb nk sambut students baru. :D

*disebabkan dah lupa aktiviti2 yg dilakukan, kte skip ke Minggu Destini Siswa. hehehe.

sepanjang MDS, aku sbg biro pembangunan insan (BPI), aku bertugas di masjid. jadi org masjid je la bila dah sampai kampus. hehehe. ramai kwn jd org masjid, dah semestinya aku pun nk jd org masjid. klu di rumah, perghhh, mls sgt nk ke surau. hehehe.

hari pertama menguruskan masjid, sgt mencabar. maklumlah, masjid masih baru & masih dlm pembinaan. semua org jd kelam kabut. tempat utk muslimat tak cukup!!! kami ambil inisiatif lain. muslimin solat dlm masjid, muslimat di dua wings yg ada. alhamdulillah dpt tampung semua wlupun agk tak selesa. lebih 2000 org students maaa. nk selesa sgt, tak perlulah dtg uitm ni. huhu. hari2 seterusnya, dah ada yg tak sihat. png pale lah, nk muntah lah, cramp lah, n etc. bpi bersabar je tunggu bkk (biro kebajikan & kesihatan). hm, sepatutnya bkk dah ada di masjid, at least 2 org. some times, bkk dtg lmbt. masyaAllah, ponat den nunggu. klu stud yg png2 leh la gak aku urut sket2. ni klu cramp? ish, aku tak berani lah. tak psl2 jd mkin teruk.

dr pemerhatian aku, ada some studs yg kerek, ada yg baik & hormat senior/pm. ha, nk btau ttg sorg siswa. ada ke patut hbs je solat trus keluar dr masjid, berborak lm mlalui hp. tak hormat ke jemaah tgh bc doa. bikin hati aku panas je. ada la gak shbt bpi yg tegur secara baik tp dia wt tak tau je. leh cr gado lak. haish. ape nk jd.

(: aku jumpa kwn sekolah! yay! suka3! aku jumpa farahin. dia amek dib. juniorsku ada 3 org. syima (dbs, sm dgn aku), adik lina alina (dqs), n hazimah (dmc). aku tak prnh nmpk dorg kat masjid. dorg yg tegur aku. haha. sorry la ye. ramai sgt studs, tak perasan korg ada.

shbt bpi buat hal/perangai? hm, sabau je la. aku diam je. layan biasa2 sudah. dah mmg perangai dia mcm tu. perangai aku ni pun bkn baik sgt. erm, klu aku tgur, lain lak jdnya, biaulah kwn baik dia yg tgur. dsbbkn dia sorg, agk ramai shbt bpi yg stress. tak lm lps tu, dah reda sket. kwn baik dia dh tegur.

hahahahahahahaha. mula2 aku mmg siyes nk mrh dorg tp bila fikir ape yg kak cla n wanie ckp, aku nk jdkn perkara tu sekadar gurauan. ada satu mlm kami mkn2 n lpk2 di kedai mamak dimen. shbt bpi yg ada- apan, shah, ibnor, shafiq mpp, wan, abg syahin, shafiq padzil, kak cla, wanie, zakiah, kak thira. mcm biasa lah bergelak ketawa sm2. aku melayan je smpai nk mkn pun tak sng. aku pun tegur lah shafiq mpp, "shafiq! dah la tu. ktorg nk mkn lah. jgn la memekak. mganggu je!" tp dia leh lak terus gelak2 n ckp tah pape. yg lain melayan. aku tegur lagi. lm2 aku gve up. aku diam je. tup2 dgr dorg mcm ngata/nyakat aku. "klu referee ni NASarudin mst.....blablabla" "eh, NAS...blablabla" "air ni paNAS lah" & byk lagi lah. ms aku nga mkn, ibnor n apan pndg aku. mle2 wt tak tau je. at the sme time, dorg still sebut pape yg bkaitan nm aku. aku dh tak tahan, aku bgn n ajk kak cla blk. tp wanie n kak thira ckp, tunggu la dulu. tak hbs mkn ni. ok, aku ddk kat tepi longkang (eh, longkang ke? tah la. lbh kurg la. hehe). dgn mke bengang, aku diam je. semua senyap. wan yg takde kaitan dgn gurauan td (dia sibuk mhabiskn mknn dia. mn sempat nk mencelah. haha), pun senyap, mcm lah dia bersalah. aku tak ckp sepatah ape pun. even dh msuk kereta, aku tak pndg atau lambai2 dorg. esknye....

-1 message received-
-shafiq mpp-
"salam naz, marah ktorg ke?"

aku mls nk bls. aku senyum sorg2. oh...tau pun risau. mlm td bkn main lagi gumbira tak ingat kwn. msj tu aku terima pg2 lagi. klu tak silap aku, dlm kul 8-9. risau kot sbb aku tak gi msjd waktu subuh. haha. aku takde mood act. rs malasssss sgt nk ke msjd. tp ble fikir ada tanggungjawab, aku kuatkn diri. betul2 dah smpai kat wing masjid bhgn muslimin, aku dpt msj.

"salam naz, maaf ganggu naz smlm. naz marah apan ke? maaf..ampun"

sorry la apan. mls mau balas. hehehe. mcm bese, aku usha2 masjid, then wt keje. ble aku jmp apan n the gang, aku tak senyum langsung. wan pun jd mangsa. pny lah baik dia senyum kat aku, aku pndg kerek je. sepanjang waktu studs ade kat masjid hr tu, (dr waktu zohor smpai asar), aku hny bcakap dgn shah (termasuklah shbt2 lelaki yg tiada kaitan mlm tu) n shbt2 muslimat.

selesai je santapan rohani, aku mle senyum kat apan n shafiq smbil berkata, "amacam? best tak naz tak lyn? best kne mrh? hehe. org sj je tau. tu lah, suh diam, tak nk dgr. ble naz msm, tau pun risau. lain kali naz wt cmtu lagi la, biar korg jd baik. boleh? hehehe"
agk seronok sebenarnye kenakn dorg. v(",)
apa2 pun, still bersahabat kan? (:

rasanya, tu je la cte plg menarik sepanjang jd PMDS. next sem nk jd PM lagi!!!! :D

wassalam~

Sabtu, 19 Jun 2010

Muktamad. InsyaAllah.

Mak yg buat keputusan siang td. Balik kampus hari Isnin. Selepas subuh paling senang. Ok, ikut shj lah.
Esok tgk movie dgn kawan2 sekolah rendah. Sekurang-kurangnya tak bosan kat rumah. Dpt jd photographer tak bertauliah esk.


Perancangan yg tak menjadi

Memang benar manusia hanya merancang, Allah SWT yg menentukan segalanya. 14.35pm. Sepatutnya aku dah berada di UiTM Melaka skrg ni. Tp masih di rumah. Pg td abah ada urusan. Katanya nk bertolak selepas Zohor. Hmm, mgkn ptg nnt shj aku bertolak memandangkan abah nk ke kenduri kahwin sekejap lagi. Sabar je lah. Nk buat mcm mn kan, menurut je la. Klu membantah, aku tak balik melaka plak.


Sabar sebahagian drp iman (:

Akhirnya...

InsyaAllah 10 pagi nnt akan bertolak pulang ke kampus. Paling tepat, pulang ke UiTM Alor Gajah, Melaka. Sepatutnya balik hari Isnin, mendaftar & terlibat dengan kursus PM (pembantu mahasiswa). Kursus tu sebagai persediaan untuk minggu orientasi atau MMS (minggu mesra siswa). Balik awal sbb sahabat yg minta. Takde kawan katanya. Memandangkan boleh balik, balik je la. Dah lama sgt kat rumah. Bosan.

Semoga perjalanan pergi dan pulang dalam lindungan Allah SWT. Semoga selamat. Amin.

Rabu, 2 Jun 2010

Semakin lama aku memerap di rumah, semakin semak fikiran. Nak keluar, tak berduit. Eh, duit ada tapi tak lah banyak mana pun.

Semakin lama aku memerap di rumah, semakin ligat aku menghadap komputer. Tak ada perkara lain selain online.

Aku BOSAN!!!

*p/s: post ni sekadar suka2. hehehe v(^_^)
1. Israel ibarat menunjukkan keangkuhan & anggap mereka boleh melakukan apa sahaja mengatasi undang2.
2. Duta Turki meminta israel memohon maaf kpd masyarakat antarabangsa & ahli keluarga sukarelawan.
3. Kejadian yg berlaku ibarat pembunuhan beramai-ramai.
4. 12 sukarelawan Malaysia yg ditahan israel tidak dibenarkan membuang air & diacukan senjata. (Ada juga sukarelawan wanita, warga tua & seorang kanak2 di bwh umur satu tahun)

Ya Allah, kuatkan mereka yg diseksa.

Hanya mampu berdoa

Aku hampir menitiskan air mata melihatnya. Walaupun kejadian itu tidak berlaku di depan mataku sendiri. Benar, aku hampir menangis. Aku hampir menangis apabila memikirkan nasib keluarga mereka kelak. Dapatkah keluarga mereka menerima perkara yang tidak diingini berlaku? Ku hanya mampu berdoa agar mereka tabah mengharungi apa jua dugaan Allah SWT.

Perasaan sedih dan marah bercampur-baur. Sangat kejam! Sangat tidak adil! Sangat tidak berperikemanusiaan! Ke mana hilangnya perikemanusiaan? Adakah mereka sudah tidak ada hati dan perasaan?? Oh, masih ada. Tetapi sudah dikotori, sudah dicemari. Ku hanya mampu berdoa agar mereka menerima hidayah dan taufik-Mu, Ya Rabb.

Tidak wajar mereka diperlakukan begitu. Apa salah mereka?? Mereka hanya mahu membantu, tiada sedikit pun niat jahat. Alhamdulillah, hati mereka tidak dicemari, tidak dikotori. Masih bersih untuk melakukan amal kebajikan. Tetapi ada yang tidak puas hati, mengambil kesempatan atas kekurangan. Ku hanya mampu berdoa agar mereka dikuatkan 'azam, semangat, dan iman untuk terus berjuang di jalan-Nya.

Sungguh pengecut! Menyerang tatkala sasaran tidak bersenjata dan berada dalam keadaan tidak sedar. Adakah itu perjuangan yang sangat dibanggakan dan diagungkan? Ku hanya mampu berdoa agar mereka menerima azab-Mu yang paling besar Ya Allah.

Ya Allah, peliharalah semua sukarelawan yang sanggup berjuang di jalan-Mu. Turunkan azab-Mu kepada Israel. Tunjukkan kekuasaan-Mu Tuhan. Aku bersujud pada-Mu, aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa...

Amin Ya Rabbal Alamin.

Untukmu PALESTIN
-LL4G-