*Petikan daripada Buku Jejak Bisnes Rasul
Menurut Al-Quran, kebanyakan tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah SWT dinyatakan dalam bentuk proses yang amat halus, teratur dan penuh kebijaksanaan serta melambangkan kualiti dan kehebatan kepada manusia.
Antara buktinya:
1. Proses Percambahan Buah-buahan
Allah menjelaskan proses itu berlaku drpd penurunan hujan kpd penghasilan benih-benih yg baik kpd percambahan daun-daun muda dan akhirnya mengeluarkan buah-buahan yg berkhasiat utk menjadi santapan hidupan di bumi. (Surah Al-An'am: ayat 99).
Dijelaskan juga dalam Surah an-Nahl: ayat 11 dan 65.
2. Proses Kejadian Manusia
Di dalam Surah Al-Mukminun, ayat 13-14 terdapat perincian berkenaan proses persenyawaan antara ovum dan sperma sehingga kpd pembentukan bayi yg sempurna.
Terdapat juga dlm Surah an-Najm: ayat 45 dan 46.
3. Proses Kelahiran Nabi Isa
Allah menerangkan kpd manusia bagaimana proses kelahiran Nabi Isa tanpa melalui proses yg normal iaitu dgn meniupkan roh ke dlm rahim ibunya Maryam. (Surah al-Anbiya': ayat 91)
Rujuk juga Surah al-Mukminun: ayat 50)
p/s: sekadar mahu menyampaikan (: dan memperingati kebesaran Allah SWT.
0 comments:
Catat Ulasan